Technology



Ah sudah, apa cer dengan Microsoft ni? Okay meh sini E-jam cerita kat korang apa jadi dekat company Microsoft sekarang ni okay? Baru-baru ni tentera US dah memberikan offer kepada Microsoft untuk tolong diorang buat gajet yang boleh tolong diorang mengurangkan risiko kematian dalam tentera diorang. Apa dia technology tu?

Technology tu adalah HoloLens seperti gambar di atas tu. HoloLens ni sebenarnya bertujuan untuk membuat AR ataupun Augmented Reality di mana apa yang korang nampak di phone atau computer, korang boleh pakai HoloLens je untuk buat AR di depan mata korang. Technology ni memang menarik gila sebab korang tak perlu susah payah untuk bangun dan amik phone korang atau on computer tapi pakai HoloLens je pun dah okay.

Tapi tentera US tengah buat deal bernilai $479 juta dengan CEO Microsoft iaitu Satya Nadella untuk menolong diorang dengan sediakan HoloLens ni. HoloLens ni akan diprogramkan untuk menolong tentera dari segi menganalisis battlefield, menolong tentera tembak tepat, scan area, sebagai communication dan lain-lain. Tapi disebabkan ni, pekerja-pekerja di Microsoft telah membantah dengan projek ni sebab diorang kata “HoloLens is for good, not war.”. Dikatakan diorang yang dalam pembinaan HoloLens ni tau dalam projek pembuatan HoloLens tapi takda sebarang info sebelum ni tentang HoloLens akan dijadikan jugak untuk kegunaan tentera US.

Pekerja di Microsoft pun ramai telah membantah siap buat open letter kepada CEO Satya Nadella untuk batalkan projek ni dan berkata diorang tak masuk kerja dalam Microsoft untuk membuat senjata.

Buat masa sekarang takda sebarang response daripada CEO Microsoft pasal ni, tapi pekerja semua tengah meminta pekerja Microsoft lain untuk turut serta dalam pembantahan HoloLens sebagai kegunaan perang. E-jam harap technology ni digunakan untuk benda baik atau main game je, tak perlulah sampai bawa ke perang and lagi better kalau takda perang UwU.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST