Pelancaran awal World War 3 mempunyai masalah teknikal?!

Pelancaran game baru World War 3 mempunyai masalah teknikal yang mana ramai pemain yang tidak dapat menyambung ke game server. Pemain terpaksa menunggu lama untuk masuk ke game page seterusnya dan akhirnya ia tidak boleh dibuka.

Developer The Farm 51 hampir menangguhkan pelancaran awal World War 3 ini pada saat-saat terakhir pada Jumaat kelmarin kerana mempunyai masalah teknikal. Pemain boleh main game tersebut dalam masa singkat, tapi bila lama-lama mereka tidak dapat meneruskan game dan terus off page secara sendiri. Ia bererti game tersebut tidak dapat menyambung ke server game tersebut.

Kumpulan developer telah berusaha dan bekerja sejak kejadian itu untuk menyelesaikan masalah, dan kini menyatakan yang mereka telah membuat satu penyelesaian yang besar dalam menyelesaikannya. Namun begitu, mereka masih menenangkan dan menarik balik hati peminat untuk main game ini.

Pelancaran itu telah menarik orang ramai untuk main game, tapi ada juga yang tidak berminat atau sakit hati selepas terjadi masalah teknikal yang pemain tidak dapat menyambung ke game server.

World War 3 bertumuan untuk mengakhiri shooter spectrum yang lebih realistik dengan sistem perisai peluru yang terperinci dan penyesuaian senjata yang digunakan. Terbahagi kepada dua mode, kedua-dua mode bergantung kepada teamwork untuk menyusun dan mendapatkan pelbaai objektif dalam skuad pengintai kecil.



Selain itu, terdapat 3 maps yang akan disediakan di lokasi kehidupan-Warsaw, Berlin dan Moscow dengan lebih banyak lagi jalan pemain kena tempuh.

Versi Early Access ini berharga $28.00, dan The Farm 51 mengatakan versi akhir pula akan disediakan untuk tahun hadapan.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Leave a Comment

Scroll to Top