Welcome to Racuntech – Top Custom PC Builder in Malaysia!

AAA Games

Pencipta Dead Space Mahu Buat Game Baru?!



Pada rancangan The Game Informer Show, Pencipta Dead Space, Glen Schofield, telah ditanyakan tentang semua game yang beliau pernah terlibat (iaitu sangat banyak). Dia juga ditanyakan jika ingin membuat sequel baru kepada francais Dead Space. Schofield kata dia sangat tidak sabar untuk buat lagi game tentang sci-fi survival-horror. Dia menambahkan dengan sangat berharap akan mulakannya suatu hari nanti.

Dia juga mengatakan game yang baru itu kalau boleh menjauhi lorenya dan lebih fokus kepada gameplay dan experience player. Dia kata Dead Space 2 dan 3 jadi terlalu kompleks kerana perkara tersebut.

Schofield rasa ‘Dead Space 4’ tidak akan mendapat sambutan dalam pasaran sekarang. Game sekarang banyak fokus pada multiplayer sehinggakan singleplayer dah hampir tidak disentuh oleh syarikat-syarikat besar. Kalau Dead Space nak dihasilkan, kene ada elemen co-op.

Dead Space merupakan game horror yang memegang prinsipnya dengan kukuh. At least, Dead Space pertama la. Berbanding game horror lain pada waktu tu yang terlebih mementingkan action, Dead Space mengekalkan elemen yang meremangkan bulu roma anda.

Environmentnya yang creepy, sound designnya intense dan gameplay yang stressful. Stress dalam bentuk yang baguslah. Game seram kalau rasa comfortable bukan game seram dah tu. Percaya la, ketiap kali nak bukak pintu, mesti akan teragak-agak nak teruskan perjalanan. Try la tengok hallway dia. Ko sendiri akan faham.

Dead Space mendapat pujian hangat daripada players dan kritik. Sehingga mendapat rating tinggi secara keseluruhan. Namun, Electronic Arts tidak puas hati dengan hasil pendapatan daripada jualan game tu. Mereka mengatakan bahawa game tu tidak cukup “action” dan “drama.” Sebab itu sambungnya, Dead Space 2 dan 3, terlalu serupa dengan game Resident Evil 4.

Sebelum ini, anda di cerminkan dalam game dengan menggunakan character Isaac. Dia tak bercakap, dan kalau ada dialog, anda masih boleh kawal gerakkannya. Ini membuatkan player rasa seperti mereka adalah Isaac. Anda merasai apa yang dia rasa. Almost macam Isaac itu adalah kita. Tapi EA perlu merosakkannya dengan membuatkan Isaac bersuara dalam game sequelnya.

Cutscene pun dah banyak. Sebelum ini, cutscene berlaku dalam game. Dead Space 2 dan 3 memaksa anda hanya menonton cutscene tanpa apa-apa input daripada player. Elok-elok game Dead Space jadi game yang unik pada zaman tu, terus jadi Resident Evil versi angkasa.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



Join the conversation

Request a call

ACCOUNT
Wishlist
Wishlist
Login
Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

TOP
Arrow Chevron

SHOPPING BAG 0