Gaming
racun-tech-pewdiepie-crying



Pewdiepie Akhirnya Kalah Dalam Perjuangan Youtube

racun-tech-pewdiepie-smile

Gais, nampaknya king of Youtube kita, Pewdiepie sudah kalah dalam perjuangan dia. Perjuangan apa korang mungkin bertanya? Perjuangan dalam mengekalkan takhta no. 1 dalam Youtube. Huhu and sekarang di tempat no. 1 adalah T-Series. Untuk korang yang tak tau, T-Series adalah sebuah company yang memegang record lagu Bollywood.

Setelah dalam 6 bulan perjuangan yang sengit, akhirnya dalam beberapa hari ni, T-Series dah potong Pewdiepie dalam menjadi no. 1 dalam most subscribe youtuber dalam Youtube. Subscriber diorang masing-masing adalah 92,081,698 (Pewdiepie) dan 92,109,176 (T-Series). T-Series jugak dah tukar header image Youtube diorang dengan mengucapkan terima kasih kepada fans dan menambah “Making India Proud”.

racun-tech-pewdiepie-tseries

Gerakan Besar-Besaran

Masa Pewdiepie dan fans dia yang dipanggil “9 year old army” sedar akan kewujudan T-series dan berasa diorang kena tambah lagi subscriber, ramai yang tolong Pewdiepie dengan menyedarkan ramai orang untuk subscribe kepada Pewds. Antara youtuber yang terkenal dan paling banyak menolong adalah Mr Beast. Mr Beast menghabiskan total sebanyak 10k untuk menyiarkan iklan “Subscribe To Pewdiepie” di billboard di sekitar US. Bukan tu, dia jugak siarkan suara dia dalam radio dan menyeru “9 year old army” untuk sertai dalam perjuangan ni.

Selain tu jugak ada jugak orang yang tolong Pewds dapat subscriber dengan hack banyak printer dan print subscribe to Pewds dan jugak hack TV. Salah satu factor kenapa T-Series boleh mendapat banyak subscriber adalah sebab T-Series berasaskan di India, di mana 225 juta pengguna Youtube selalu log in dan pakai. So tak hairan lah kenapa T-Series boleh kejar dengan cepat dan potong terus.

racun-tech-pewds

Well, apa-apa pun Pewdiepie pun dah mula kejar balik dan mana tau dia boleh merangkul juara lagi sekali? Yang penting perjuangan dia dah habis dalam mempertahankan takhta dia dan sekarang dia tengah on the road untuk mengejar balik takhta tu. Keep it cool and ciao gais~

Jap! Ni ada video yang dibuat oleh Pewds kepada T-Series. Enjoy!


Sumber: Polygon

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST