Pewds Akan Live Stream Di DLive Dan Bukan Di Youtube



Pewds Akan Live Stream Di DLive Dan Bukan Di Youtube

racun-tech-dlive

Oh, Pewds, sejak beberapa tahun ni dan especially tahun ni lah, Pewdiepie atau nama sebenar Felix Arvid Ulf Kjellberg dah banyak kali masuk dalam controversy. Paling happening adalah dia berlawan dengan T-Series untuk mendapatkan tempat pertama dalam most subscribed dalam Youtube.

Walaupun dua minggu lepas Pewds kalah, tapi sehari selepas tu dah menang balik dengan releasenya lagu Congratulations dia sempena meraikan kemenangan T-Series. Okay sekarang ni E-jam nak cerita pasal benda lain ni pasal Pewds, iaitu dia akan livestream. Tapi bukan di Youtube macam dia biasa buat tau. Kali ni dia akan livestream di DLive.

racun-tech-pewdiepie-dlive

Apa itu DLive? 

DLive ni hampir sama macam Twitch dan Mixer cuma, akan lebih memfokuskan kepada livestreaming lebih dan lebih lagi. Bukan tu je, tapi DLive ni tak mengambil sebarang cut daripada content creator atau live streamers so diorang akan mendapat banyak revenue daripada streaming tu. Masyuk kan? Tapi goal utama Pewds buat livestream ni adalah untuk mendapatkan sumbangan daripada orang ramai dan nak sumbangkan duit tu yang dianggar sebanyak $10K-50K kepada content creator dan livestreamers yang baru dalam bidang-bidang ni.

racun-tech-pewdiepie-live-steam-dlive

DLive bagus untuk saya” kata Pewds. “Saya happy sebab dapat livestream seperti biasa lagi lepas ni” katanya lagi. Ni sebab diorang melayan semua orang seperti partner diorang dan service yang amat bagus daripada DLive. Untuk pengetahuan korang, DLive dibuat dengan Lino Network, yang menggunakan crypto currency dikenali sebagai Lino Points. Creators boleh mendapatkan duit dengan menggunakan Lino Points lah yang disumbang oleh peminat atau watch party diorang nanti. Korang sebagai watchers pun boleh dapat Lino Points dengan berkomunikasi dengan streamers tu! Kan best dapat duit dengan layan streamers je hahaha.

So, fair tak goal Pewdiepie kali ni? Adakah ni satu agenda untuk menaikkan nama atau memang ni goal utama dia? Yang penting dia akan livestream pada 14 April di DLive so korang jangan lupa tengok live stream Pewds di account DLive Pewdiepie tau!

Keep it cool and arrivederci gais~


Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



Join the conversation

SHOPPING BAG 0

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.