Gaming
racun-tech-illegear-prodigy-rogue

Prodigy Dan Rogue Laptop Gaming Awesome Terbaru Keluaran Illegear!

Prodigy dan Rogue gais, adalah keluaran terbaru daripada salah satu siri laptop gaming keluaran Illegear! So korang pernah dengar ke tak jenama Illegear? Kalau belum jangan tertunggu-tunggu dan check website Illegear untuk kenali dengan lebih lanjut! Gentle E-jam cakap product diorang keluarkan semua tip-top over the top! Okay so, maka dengan itu lah kita berbalik kepada tajuk kita untuk kali ni.

Seperti yang dinyatakan di atas tadi, Illegear sudah memperkenalkan product latest diorang iaitu laptop gaming Prodigy dan Rogue. Sebelum ni jugak E-jam pernah buat pasal laptop diorang iaitu Illegear Selenite yang telah upgrade kaw-kaw punya so jangan lupa untuk check it out! Okay so, Prodigy dan Rogue ni pulak adalah keluaran terbaru diorang dan performance kedua-dua laptop gaming ni memang cun!

Processor Dan Graphic Card Laptop Prodigy dan Rogue?

racun-tech-illegear-laptop-prodigy-dan-rogue

Kedua-dua laptop gaming ni dipowerkan dengan processor 9th generation i7-9750H yang di power-up daripada i7-8950H. Processor i7-9750H ni mempunyai lebih tinggi clock speed berbanding yang sebelumnya walaupun berdasarkan 14nm Coffee Lake Architecture. Korang boleh multi-tasking dengan mudah tanpa risau processor korang panas haa.

Kedua-dua laptop ni jugak menggunakan GPU Nvidia GTX 1660 Ti 6GB. GPU GTX 1660 Ti ni performance dia lebih kuat daripada GTX 1060 dan hampir  sama performance dengan GTX 1070. Walaupun tak setanding dengan Illegear Selenite yang memakai RTX 2070, tapi laptop mid-range gaming ni tak ketinggalan jauh daripada segi performance.

Screen Refresh Rate Prodigy Dan Rogue Tinggi!

racun-tech-illegear-screen-refresh-rate-prodigy-dan-rogue

Bukan tu je, memperkenalkan INFINIVISION narrow-bezel display, Prodigy dan Rogue menghasilkan gaming experience yang padu dengan 144Hz refresh rate display. So, korang tak payah risau kalau rasa-rasa screen display korang tak mampu handle kemampuan GPU GTX 1660 Ti yang padu tu.

Bukan spec je cantik tapi seni reka dan bentuk kedua-dua laptop ni sangat slick dan stylish so kepada korang yang akan membeli laptop ni akan nampak macam bangsawan. Laptop-laptop ni jugak telah redesign daripada tebal menjadi lebih dan lebih nipis. Tapi korang jangan risau, senipis kertas pun laptop Illegear ni, takkan kacau gaming experience korang pun. 

Bezel-less Display, Storage Besar, Thermal Cooling Design Padu

racun-tech-illegear-bezel-less-display

Yang redesign E-jam cakap tu adalah design bezel-less pada screen display diorang. Daripada standard adalah 15.6″ kepada 13.3″ (Prodigy) dan 17.3″ kepada 15.6″ (Rogue). Kalau design pada laptop pulak ketebalan laptop secara total adalah 18.5mm nipis (Prodigy) dan 27mm (Rogue). E-jam ingatkan sekali lagi eh, yang kenipisan laptop ni tak menganggu performance padu tersebut.

Kedua-dua laptop ni didatangi dengan 2x M.2 PCIe slots dan 1x 2.5″ storage  drive slot dan mampu ditambah sehingga ke 6TB storage. Besar tu gais! Simpan lah banyak mana game yang mampu. Prodigy dan Rogue jugak di boost dengan Seagate Firecuda SSHD dengan 1TB atau 2TB mengikut pilihan korang. Bukan je besar tapi laju jugak performance dan data reading korang.

Tak lupa jugak yang korang tak perlu risau pasal kepanasan laptop ni dengan thermal cooling design yang terdiri daripada 5 heat pipe, quad vent dan dual fan yang gerenti akan mengekalkan suhu laptop korang walaupun korang multi-tasking atau gaming.

racun-tech-illegear-thermal-cooling-design
racun-tech-illegear-rgb-keyboard

Audio System Dan RGB Keyboard

Lepastu, E-jam rasa korang tak perlukan headphone atau earphone sebab, dalam laptop ni ada system Sound Blaster Cinema 5 yang buatkan korang seolah-olah korang dalam game tersebut. Kiranya dah ada speaker, tapi speaker laptop ni amplify (menguatkan) lagi kekuatan bunyi so korang tak payah risau lah.

Bukan tu sahaja, kedua-dua laptop ni jugak ada RGB keyboard. Korang rasa nak buat kerja? Tukar lah warna lain. Nak gaming? Pakai lah rainbow. Hehe baru bangsawan gais. 

racun-tech-illegear-sound-blaster-cinema-5

Laptop Specification

So, kalau tak mampu untuk baca kesemua yang E-jam cakap tu, korang boleh tengok spec di bawah ni:

1. Prodigy

 i7-9750H, GTX 1660Ti 6GB GDDR6, 15.6” FHD IPS 144Hz Bezel-less, 8GB 2666MHz DDR4, 512GB NVMe SSD, Intel 9560 2x2 M.2 AC, 4-zone RGB membrane keyboard

2. Rogue:

i7-9750H, GTX 1660Ti 6GB GDDR6, 17.3” FHD IPS 144Hz Bezel-less, 8GB 2666MHz DDR4, 512GB NVMe SSD, Intel 9560 2x2 M.2 AC, 4-zone RGB membrane keyboard

So gais, apa macam dengan laptop ni? Adakah laptop ni cukup power untuk korang yang kaki gamer? Bagi E-jam ni adalah laptop mid-range gaming yang sangat sesuai untuk korang yang kaki gamer tapi perlu bergerak banyak. Korang boleh main game on the go dengan laptop Prodigy dan Rogue ni. Okay itu sahaja, untuk lebih maklumat lanjut, jangan lupa visit website Illegear okay gais?

Untuk yang tertanya laptop ni dah keluar ke belum, laptop ni belum keluar lagi, tapi pre-order dah dibuka dan akan release pada awal bulan May. Untuk harga pulak Illegear Prodigy berharga RM5199 dan Illegear Rogue pulak adalah RM5299. Ingat gais!

Keep it cool and game on!

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST