Console

Project Scarlett: Semua Details Yang Diketahui Tentang Gaming Console Awesome Ni

racun-tech-project-scarlett

Xbox Baru Dijangka 4 Kali Lebih Power Berbanding Xbox One X

racun-tech-scarlett-performance

So korang mesti hyped atau teruja nak tengok apa yang Microsoft akan keluarkan dengan projek terbaru diorang iaitu Project Scarlett kan? So walaupun kita tak tau secara terperinci spec apa yang ada dalam Xbox baru ni tapi yang pasti sangat padu. So kita masuk lah ke dalam details yang telah confirmed dan spekulasi oleh masyarakat umum pasal Project Scarlett ni okay?

Performance Project Scarlett

So adakah Project Scarlett ni akan jadi lebih better daripada Xbox One X? Well, rasanya kita tak perlu berdebat dengan info yang diberikan pasal Project Scarlett ni akan support 8K resolution, mempunyai SSD (solid state drive) yang memang pasti mempercepatkan load time. dan frame rate yang setinggi 120 frames per second (120 fps tu memang padu boii). Mana taknya, dengan memakai CPU custom oleh AMD yang berdasarkan AMD Zen 2 dan Radeon RDNA Architecture dan menjanjikan Project Scarlett ni 4 kali ganda lebih kuat daripada Xbox One X. Tak lupa jugak Xbox baru ni memakai GPU yang berdasarkan teknologi baru AMD iaitu Navi (spec tak pasti). Xbox Scarlett ni diakatakan menggunakan SSD sebagai “virtual RAM” dan mendapat 40 kali ganda lebih kuat performancenya daripada sebelum ni.

Selain tu, dunia gaming ni digempurkan dengan kehadiran teknologi Ray Tracing yang membuatkan satu persekitaran game tu lebih cantik dengan pantulan cahaya yang lebih menarik. So dalam next generation console seperti Project Scarlett dan PS5 ni akan dimasukkan real time Ray Tracing yang memang akan memberikan korang visual yang cantik di samping dengan lighting yang seolah mengikut dunia realiti. Jika korang tak tau pasal Ray Tracing ni mengubah game dari persepsi macam mana, korang boleh tengok contoh video Digital Foundry. Diorang membuat video showcase pasal kesan Ray Tracing ke dalam game seperti video diorang iaitu Minecraft dan Half Life 2 tetapi kedua-dua game ni perlu menggunakan mod.

So apa yang kita boleh konklusikan tentang performance adalah yes, Project Scarlett ni akan jadi lebih padu berbanding dengan generation kini console Xbox yang ada. 

Adakah Xbox Baru Ni Mempunyai Backward Compatibility?

Yes, ada feature backward compatibility tetapi Microsoft macam tak terlalu komited dengan scope untuk feature ni. Pada event E3, Microsoft ada mengumumkan yang last batch game untuk Xbox 360 merupakan batch terakhir yang akan masuk dalam senarai backward compatibility untuk Xbox One X dan tiada lagi. So sekarang diorang akan fokus kepada backward compatibility antara Xbox One X dengan Project Scarlett ni. Setakat itu, tiada pengumuman apa lagi selain daripada boss kepada Xbox iaitu Phil Spencer mahukan semua game untuk generation Xbox dan peripheral sekali, sesuai dengan backward compatibility dengan projek terbaru diorang ni.

Game Pertama Yang Akan Dimulakan Dengan Pelancaran Xbox Scarlett Nanti

racun-tech-halo-infinite-project-scarlett

Haa, satu game yang telah confirmed untuk lancar sekali dengan console next generation ni adalah Halo Infinite. Tu yang telah diumumkan oleh boss Xbox Phil Spencer tu sendiri pada keynote E3  2019. Sepatutnya ada lagi satu game iaitu Forza Motorsport 8 tetapi tiada sebarang pengumuman atau reveal tentang game ni pada E3 (walaupun ramai tertunggu-tunggu). Tapi peluang untuk game lain muncul masih besar (ehem backward compatibility) so kita boleh tunggu sahaja gais.

Harga?

Okay so, performance padu, game yang keluar sekali padu, tapi sekarang kita masuk bab yang ramai tak berapa nak “come to terms” ataupun bersetuju ataupun nak sangat jadi murah. So harga untuk Project Scarlett ni dikatakan lagi mahal berbanding Xbox One X (semestinya). So pada 2017 Xbox One X dijual dalam harga RM2086 (bersama dengan 1TB hardrive). Maka dengan itulah Microsoft takkan segan untuk menaikkan harga untuk Scarlett ni tapi kita kena tunggu untuk fixed price dikeluarkan oleh Microsoft nanti.

Inilah details yang telah dipastikan dan spekulasi jugak dibuat berkenaan produk terbaru Microsoft. So adakah korang teruja dengan ketibaan next generation console ni? Ataupun korang adalah seorang peminat Playstation? Yang pasti tunggu sebarang pengumuman berkenaan gaming console beast ni okay gais? Project Scarlett dijangka keluar pada bulan December 2020 nanti. Ciao~

See Also: Death Stranding Sudah Keluar Trailer dan Release Date!, Huawei Banned Daripada Menggunakan Service Google Play, Peminat Lebih Menyukai Call Of Duty: Modern Warfare Berbanding Yang Lain, Tips Membeli Gaming Mouse Yang Awesome!,Call Of Duty: Modern Warfare Trailer/ Akan Tiba 25 November!

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!