Promosi Bulan Mac di RACUN TECH!



Bulan baru, azam baru. Azam baru, PC baru. Harini aku cerita sikit apa yang korang perlu tahu sekarang. Yang pertama Anthem dah keluar, bila lagi nak main? Apex Legends pun tengah hangat sekarang. PC korang tu mampu tak nak main game power-power ni? Nampak gayanya kena la beli PC la kan. Takpe=takpe. Racun Tech ada untuk korang. Untung la pulak sekarang tengah ada promo bulan Mac. Semua tengah murah-murah, panas-panas lagi. Baru keluar oven ni so better angkat cepat.

Kita mulakan dengan E-SPORTS GAMING COMBO kami ini. Pakej ni kalau korang masih baru nak start main game-game E-Sports, ini memang sesuai. Korang akan dapat 8GB RAM, CPU Ryzen 3 dan GTX 1060. Semua komponen dikira basic dalam dunia PC build ni. Sesuai untuk yang ingin meneceburi tapi masih tidak komited untuk beli yang mahal=mahal. Kalau rasa cam taknak gaming, tengok movie dan buat kerja pun boleh.

Sekarang baru kita citer ‘Gaming’ sikit. E-SPORTS HARD GAMING ni memang untuk yang HARDcore punya pengguna. Korang akan dapat upgrade CPU dengan Ryzen 5 dan GPU GTX 1060 OC. GPU itu boleh overclock kalau nak gaming kasi ‘umph’.

HD resolution sangat lapuk dah sekarang. Smartphone pun lagi power tayang video. Deal ni akan membekalkan anda untuk persediaan ke dunia 2K. High settings dan display setaraf dengan movie. Mari order satu!

Kalau korang perhatikan nama GPU dalam deal ni, dia ada laberl ‘RTX’. Untuk pengetahuan korang, RTX ni adalah siri GPU yang membolehkan game-game korang enable ‘Ray-Tracing’. Senang citer, game-game yang dah high graphic akan lagi tambah real dia dengan teknologi ni. Lighting dalam game lagi kasi mantap. Tambah pulak dengan RAM 16GB, lagging tu bukan lagi satu hal semasa buat kerja mahupun gaming. Klik link ini untuk hubungi kami.

 

Dengan nama ADVANCE, memang lagi advance dia punya performance. Dalam deal ni, korang akan upgrade SSD kepada 240GB SSD. Software ke, game ke, no more loading screen. Memang laju. GPU pun kasi naik taraf, bagi model RTX 2070. Nak upgrade ke pape, call kami di sini.

Harga makin padu, power pun makin padu. Deal ni untuk mereka yang bukan lagi mahu main game. Ni untuk yang nak “EXPERIENCE”. High settings, Insane Settings, Brutal Settings. Semua kasi ON! Mahu lebih lanjut boleh hubungi Racun Tech di sini!

GAMING BEAST memang bukan untuk semua orang. Hanya yang paling ekstrem, mencabar, high-IQ pengguna je yang mampu survive guna PC ni. Sapa yang fikir dia lagi power daripada RAMBO, TORENO ataupun IP MAN boleh la cuba yang ni. Nak call kami.

Kalau nak acah kat member yang ko ni pro-player? Ko on je PC ni, biar dia ternganga tengok lampu RGB korang ni. Diorang masih taknak percaya lagi? Ko start semua game serentak tunjuk la lag ke tak. Aku guarantee TAKKAN lag. Tapi kalau crash tu mungkin ada. Kalau perlu repair, Racun Tech kan ada! Klik di sini untuk hubungi kami.

Daripada sini PC ni kalau nak buat game sendiri pun dah boleh dah. Buat apa sibuk main game orang kalu boleh buat sendiri? Dengan GPU RTX 2080, teknologi dulu PIXAR je ada. Sekarang, semua orang boleh buat. Klik di sini untuk order sekarang!

Korang berjaya sampai ke sini? Mengagumkan! Ini adalah kawasan dikatakan hanyalah sebuah mitos. PC yang power camni wujud? Aku pun terkejut! Sampai terbeli PC melalui link ni.

Aku gelar PC ni ‘Mjollner’. Kerana hanya mereka yang layak mampu menggunakan PC ini. Ada juga khabar angin mengatakan bahawa hanya dua makhluk je yang pernah hidupkan PC ni: Odin dan anaknya Thor. Betul ke? Korang kene la try sendiri. Klik sini kalau ingin ke Valhalla.

Apa-apa pun, kami di Racun Tech sentiasa bersedia untuk membantu dalam segala urusan PC dan gaming. Datang la sekarang ke Racun Tech di Setia Alam dan cari PC yang sesuai untuk korang. Duduk jauh? Anda bernasib baik kerana kami juga menyediakan perkhidmatan shipping ke seluruh negara Malaysia. Nak repair PC pun boleh bossku. So inginkan PC sekarang? Hubungi kami di Racun Tech. Kami buka pintu setiap hari.

Korang merupakan seorang gamer Anthem? Apa kata korang tengok suggestion untuk build PC sesuai untuk gaming Anthem? Apex Legends? Jangan risau, ada jugak korang hanya kena tekan sini je hehe. Hanya yang terbaik tersedia untuk korang. Semua suggestion ni memang yang terbaik lah untuk korang sebagai seorang gamer dan pengguna yang bijak untuk beli hehe.

Perubahan akan berlaku dari semasa ke semasa, sila rujuk semula Racun Tech untuk maklumat lebih lanjut.



Leave a Comment

Scroll to Top