Racun Tech
Posted in

Proses Order Dalam Racun Tech

Posted in

Customer Racun Tech mungkin ada tertanya macam mana order mereka diproses dalam Racun Tech selepas pembayaran.

Okay, blog ini bertujuan untuk kita mengetahui macam mana proses order customer berlangsung dalam Racun Tech.

Sebelum tu, customer mesti tertanya juga, macam mana nak dapatkan status PC atau barang yang telah di order tu?

Jangan risau, Racun Tech telah menyediakan status order setiap customer melalui apps Whatsapp.

Untuk customer yang membeli di website racuntech.com, customer akan di notified dengan mesej “order received” dahulu, dan di bawahnya juga akan disediakan beberapa status seperti Product Preparation, Installation, dan juga Wrapping.

Product Preparation:

Selepas payment, order akan diproses mengikut beberapa langkah-langkah yang dikenali sebagai Product Preparation.

Mula-mula, setiap item yang dibeli oleh customer akan di scan oleh Team Warehouse untuk proses Installation daripada Team Technician.

Sebelum Team Warehouse menyerahkan barang kepada Team Technician, Team Warehouse akan mengambil gambar keseluruhan item yang telah di order oleh customer dan send ke dalam telegram untuk notify customer melalui Whatsapp.

Selepas tu barulah barang2 hardware dimasukkan ke dalam bag Racun Tech dan diberikan kepada Team Technician untuk proses Installation.

Installation:

Sebelum proses Installation dimulakan, setiap Technician akan memastikan semua barang yang diberikan adalah betul dengan apa yang tertera di dalam sales order, daripada segi model item, dan juga serial number setiap item tersebut.

Setelah item telah diverifikasi betul, barulah Technician akan memulakan proses Installation

Setelah selesai proses Installation, Team Technician akan install Windows 10 ke dalam SSD ataupun Solid State Drive (Windows 10 Trial Version seandainya customer tidak membeli sekali Windows 10 Pro Digital License), update windows, install software-software yang diperlukan dan update driver. Kemudian, Technician akan stress test PC customer.

Update Windows

Stress Test:

Sebelum tu, kita kena kenali dulu apa tu stress test.

Okay untuk cerita yang mudah, fungsi stress test ni adalah untuk menguji durability ataupun ketahanan Graphic Card (GPU), Processor dan RAM yang ada dalam PC dengan menggunakan software yang akan memaksa component berikut untuk berfungsi pada tahap yang maximum.

Untuk proses ini, terdapat banyak software-software yang boleh digunakan untuk stress test, tetapi Aida64 dan MSI Kombustor yang kami install untuk stress test sudah mencukupi.

Aida64 digunakan untuk menguji stability processor dan MSI Kombustor pula digunakan untuk stress test Graphic Card (GPU).

Adakah ambil masa yang lama untuk proses Stress Test ni?

Jawapannya tidak lama, sebab kami akan run kedua-dua software ini sekali gus dan mengambil masa selama 10 minit sahaja untuk stress test setiap pc yang telah kami pasang di Racun Tech.

“Ada bukti ke yang kami dah buat stress test ini?”, jawapannya ya, kami akan screen shot result stress test setiap 1 minit sepanjang berlangsungnya test tersebut yang hanya mengambil masa selama 10 minit tu untuk menunjukkan bukti kepada customer untuk setiap installation.

Screenshot Result Stress Test

Selepas selesai stress test, Technician Technician akan refer checklist bagi memastikan tiada sebarang masalah bagi setiap PC sebelum PC sampai di tangan customer, ini juga bagi memastikan pihak Racuntech sentiasa memberikan yang terbaik setelah diberi kepercayaan daripada customer. 

Installation Complete:

Pemasangan sudah, checklist pun sudah, seterusnya Team Technician hanya perlu update kepada customer yang PC mereka sudah siap dengan hanya mengambil gambar PC dan update melalui penggunaan apps Whatsapp.

Logistic:

Bahagian Logistic bertanggungjawab untuk memastikan setiap item customer selamat sampai ke tangan customer dengan cepat.

Okay, untuk proses ini, ianya terbahagi kepada dua, iaitu Shipping dan Delivery.

Shipping:

Untuk shipping, setiap PC ataupun single item purchase akan dibalut dengan bubble wrapping setebal mungkin (Team Logistic akan balut item tersebut sehingga tak nampak isi dalamnya, tebal betul?).

Selepas wrapping, Team Logistic akan lekatkan setiap item dengan consignment note yang mengandungi maklumat lengkap customer.

Bagi penghantaran ke luar negeri (luar Lembah Klang), kami menggunakan service courier GDEX.

Delivery:

Bagi customer yang menetap di dalam kawasan Lembah Klang (KL dan Selangor) pula, kami akan menghantar item menggunakan service dispatch GoGet dan item yang mempunyai high risk for damage seperti Custom Water Cooling Gaming PC kami akan hantar sendiri supaya item yang mempunyai high risk ini selamat sampai ke tangan customer.

Untuk customer yang menetap dalam kawasan Lembah Klang, sebelum pihak kami mengerahkan GoGet untuk penghantaran PC atau item lain, pihak kami akan hubungi setiap customer dahulu untuk memastikan mereka berada di destinasi yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah dalam proses delivery.

Customer juga perlu mengisi “RacunTech Pickup Form” supaya pihak Racun Tech dapat mengatur kenderaan GoGet untuk pickup dan hantar PC atau item customer ke rumah pada masa dan destinasi yang ditetapkan.

Bagi yang menetap di luar negeri, customer akan diberikan notification melalui Whatsapp yang akan memberikan “Tracking Number” PC atau item yang dibeli.

Customer juga dinasihatkan untuk menghubungi cawangan GDEX yang terdekat secara terus bagi mengelakkan sebarang masalah atau kelewatan. 

Sekiranya anda sedang mencari PC gaming, dapatkannya di RacunTech.

RacunTech merupakan syarikat gaming yang mampu merealisaikan impian anda dengan menawarkan peralatan yang sangat berkualiti.

Mengapa pilih RacunTech?

Kami membina gaming rig berdasarkan keperluan anda dan bukan berdasarkan bajet anda semata-mata.

Sejak tahun 2017, kami telah membina lebih daripada 300 custom ultimate machine.

Lebih 500,000 bahagian hardware telah dijual dan telah mendapat lebih daripada 1000 orang pelanggan seluruh negara.

Untuk maklumat lebih lanjut dan pertanyaan, layari website kami sekarang.

Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!