Use "RACUNTECH100" to get RM100 discount when you checkout with pace. Valid until 31st August. Min. Purchase from RM1000. T&C apply. Dismiss
Gaming

PS2 Games Yang E-jam Nak Dan Patut Di Remake Atau Sequel!



Hey there guys, so kalau korang dah baca yang abam cerita dalam article haritu, itu semua game-game apa yang abam nak remake kan? Well kali ni pun sama tapi tak sama sebab game-game yang abam nak tu semua PS1 so E-jam nak share ngan korang game PS2 pulak yang E-jam nak sangat dibuat remake atau sequel okay? By remake tu E-jam maksudkan full remake macam remakre terbaru iaitu Resident Evil 2 tu kan haa bukannya remastered. Spoiler alert, kalau korang taknak pengsan sebab mengimbau kenangan lama, better korang stop baca tapi kalau nak sampai ternangis-nangis, continue okayyy.

METAL GEAR SOLID 3: SNAKE EATER

Ini memang antara masterpiece oleh Hideo Kojima. Masa E-jam kecik, memang susah ah ceritanya nak main, tapi semakin membesar, E-jam dah faham cara nak main, jalan cerita dia dan sebagainya and I want to say, game ni memang best gila! Game ni bergenre tactical espionage, maksudnya game ni korang kena main secara stealth dan menggunakan strategi yang bagus. Tak ikut pun takpe sebab E-jam pun tak ikut hahahaha tapi serious best so kalau buat remake dengan menggunakan engine yang buat game MGS 5: Phantom Pain, memang E-jam first on the line lah hehe. Harap-harap Kojima buka hati buat remake walaupun dah tak handle MGS franchise huhu.

SUIKODEN 3, 4 & 5

Haa ini salah satu game RPG yang E-jam memang suka main dalam PS2. Gameplay dia macam strategi tapi campur RPG faham tak? Hahahaha E-jam pun tak tau nak explain macam mana so korang check lah tapi storyline dia tiga-tiga game ni memang best sampai E-jam daripada mula-mula sombong taknak main, terus nak main sampai habis tiga-tiga ni. Semua game series Suikoden ni mengisahkan Rune yang ada dalam dunia Suikoden ni dan protagonist yang berlainan mengikut siri game akan menjalani kehidupan diorang dan akan merungkai misteri dalam kuasa rune yang ada sepanjang perjalanan diorang. E-jam nak sequelnya sebab dulu dah dijanjikan sambungan tapi malangnya sampai sekarang takda huhu.

FINAL FANTASY X

Aaaaa, ni memang nostalgik gila weh. Final Fantasy ni lah game Final Fantasy pertama yang membuat full 3D Enviroment tak macam game sebelumnya Final Fantasy XI. Game ni release pada tahun 2000 so graphic takda lah cantik mana tapi masa mula-mula keluar memang kaw-kaw beb bagi orang yang main time tu and gameplay pun not bad. Final Fantasy X ni mengisahkan Tidus yang dihanyut dari tempat asal-usulnya dan kena cari kebenaran tentang dunia yang dia duduk sekarang ni. Final Fantasy X dah ada sequel dia iaitu Final Fantasy X-2 so untuk game ni E-jam nak remake so dengan graphic Square Enix yang dah canggih gila sekarang ni E-jam memang takkan dissapointed.

DEF JAM FIGHT FOR NY

Ni, ni lah game yang buat E-jam dengan adik beradik E-jam gaduh bertumbuk-tumbuk acah gangster dulu hahahaha. Game ni macam game street fight lain, tapi ada bezanya tau. Bezanya tu E-jam maksudkan dari segi game lain dalam era PS2 lah. Okay kebanyakan game fighting memang ada street fight tapi game ni yang bersifat urban tu yang buatkan korang main game ni rasa macam gaduh betul-betul dengan enviroment yang berlatarkan tempat yang macam enviroment dunia sebenar. Kalau ada remake untuk game ni, memang budak-budak zaman sekarang lah lawan sama sendiri nanti. But jangan okay guys hahaha.

SHADOW OF THE COLOSSUS

Fuh banyaknya game yang nak remake atau sequel ni hahaha. Okay so untuk game kali- huh? Dah ada? Eh salah tu, itu remaster version lah- ehh? Sequel? Ouh tu The Last Guardian, game yang dibuat oleh orang yang buat game Shadow of the Colossus and tak sama universe pun so tu bukan sequel. Game ni walaupun untuk PS2, memang E-jam cakap way out of this world lah sebab game ni dengan dunia yang besar, graphic yang nice masa keluarnya PS2, memang orang akan cakap macam tu. Dalam game ni, korang kena selamatkan awek korang dengan membunuh Colossus yang setinggi gunung untuk selamatkan awek korang. Dalam ni takda lawan minion-minion macam korang selalu main game sebab game ni korang akan lawan Colossus je terus tu yang unik tu. Ada total 13 Colossus yang ada dan setiap satu ada gaya lawan yang berbeza so hati-hati guys. E-jam takkan lupakan time first jumpa Colossus yang pertama hehe. Untuk game ni, E-jam nak sequel sebab ending dia walaupun puas tapi sifat gamer E-jam rasa tak puas lagi nak main lagi and kalini kasi banyak sikit Colossus so E-jam boleh main 5-6 kali lagi macam Shadow of the Colossus ni.

Oh yes, ni wajib jugak ni hehe. Kalau sekarang dah buat remake Resident Evil 2, and Resident Evil 3 Nemesis pun dah dapat green light, tak salah buat untuk Resident Evil 4 jugak kan? E-jam suka game ni sebab gameplay dia lain daripada RE yang lain masa zaman-zaman PS1 dulu. Enemy pun tak bagi chance punya lah sekali datang ngan gergaji zzzaat terus kene potong kepala huhu E-jam terus takut nak main tapi sebab E-jam ni suka challenge so main je lah and end up menang jugak. Dalam game ni, korang akan main sebagai Leon, yang jugak protagonist untuk Resident Evil 2 and korang kena selamatkan anak perempuan President US daripada cengkaman cult Los Illuminados yang menggunakan parasite untuk merasuk orang dan kawal orang. Tapi jangan ingat senang tau walaupun korang pakai Leon yang berkebolehan tinggi sebab enemy ni pandai jugak elak peluru dan ada yang laju and ada pulak yang susah nak mati waduhhh. Unbrainable but yeah please remake macam Resident Evil 2 hihi.

GRAND THEFT AUTO SAN ANDREAS

Ha, bila E-jam sebut PS2 mesti korang pelik mana GTA San Andreas kan? Antara game yang paling berjaya untuk PS2 tau. mesti lah E-jam masukkan game ni. Game childhood E-jam kot and mesti korang pun kan hehe. So, walaupun dah ada GTA 4, GTA 5, tapi E-jam tetap nak jugak game ni lagi sebab apa? Kita membesar kot dengan game ni and masa kecik-kecik kita pun suka tembak sana-sini lah, langgar orang, amik kawasan orang dan sebagainya. Untuk game yang kita suka giler ni, E-jam nak remake lah hehe. Siapa yang taknak tengok CJ in HD kot haa mana tau handsome ke, graphic nice and gameplay pun mesti menarik lagi. Dalam game ni, korang main sebagai CJ atau Carl Johnson yang balik ke rumah semula sebab dapat tau mak dia dah mati dibunuh dan mencari siapa pembunuh dia and merapatkan silaturahim dengan member-member dia balik.

Haih, E-jam sendiri rasa nak nangis tengok semua game ni. Game-game ni lah yang buat E-jam bergaduh nak main, sanggup tak gi sekolah, main dengan kawan, dan macam-macam lah. Kalau game developer untuk game-game di atas ni sanggup, dengan technology canggih sekarang boleh buat remake yang padu-padu, confirm E-jam duduk depan TV je sambil main nangis-nangis hahaha. Okay ciao~~

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



Join the conversation

Request a call

TOP

SHOPPING BAG 0

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.