Rocket League Takkan Masuk (Mungkin) Epic Games Store Dan Masih Kekal Di Steam.

Korang dah tau ke belum studio Psyonix, yang buat game Rocket League dah dimiliki Epic Games? So hello there gais dan kali ni E-jam akan menkongsikan satu berita pasal game bola yang dimainkan oleh kereta racing ni. Seperti yang korang tau, Rocket League ni adalah game unik iaitu korang akan jadi kereta racing dan main bola sepak. Tapi kereta tu bukannya ada kaki lah nak sepak bola sebaliknya kena langgar bola tu sampai gol.
Yang menariknya game ni adalah korang macam racing sekali gus main bola. Tapi tu saja lah gameplaynya, sebab sekarang ni E-jam nak cerita pasal studio yang buat game ni pulak. Studio Psyonix, baru-baru ni dah dimiliki oleh Epic Games. Diorang jugak ada buat post Twitter berkenaan dimiliki oleh Epic Games ni. Bukan tu je, tapi diorang jugak menjelaskan sesuatu pasal kekeliruan yang dialami orang ramai tentang akan kemana perginya game Rocket League tu nanti.
Big news! We are extremely excited to announce that we are joining the @EpicGames family! Read more in our blog here: https://t.co/mlbsrKJ0b2 pic.twitter.com/fZYMpsBtt6
— Rocket League (@RocketLeague) May 1, 2019
Psyonix Berkata Rocket League Akan Kekal Di Steam
Hi all! We wanted to clarify something for you after today’s news: Rocket League is and remains available on Steam. Anyone who owns Rocket League through Steam can still play it and can look forward to continued support. Thanks!
— Rocket League (@RocketLeague) May 1, 2019
Seperti yang korang baca di atas, game Rocket League ni tak akan kemana-mana. Untuk pengetahuan korang (yang tak tau lagi pasal game ni), game ni boleh didapati di Steam. Tapi yang buat orang risaunya adalah selepas dimiliki oleh Epic ni. Bila dah dimiliki oleh Epic mesti lah game tu akan pergi ke Epic Games Store bukan? Tapi kali ni tidak sebab Epic Games berkata diorang akan kekalkan game ni untuk dijualkan di Steam.
So untuk korang yang masih bermain game Rocket League ni jangan risau sebab masih ada di Steam untuk dimainkan. Kalau korang belum beli dan main pulak pun boleh dapatkan di Steam. Tapi dalam blog post oleh Psyonix, katanya dalam masa panjang akan bawa game ni ke Epic Games Store? Tapi tak sure bila lah huhu. Ramai orang confuse dan marah dengan benda ni sebab korang tau kan pasal kenapa Epic dibenci?
Well, apa-apa pun game ni masih dijual dan boleh dimainkan di Steam so beli sementara masih ada gais! Sebab bila dah diimport ke Epic Games Store (maybe) nanti gaming expreience lain ke apa? Anyways, keep it classy, stay safe and ciao~
Sumber: PCGamer
Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-
Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)
Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)
RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam