PUBG Creator Taknak Buat PUBG 2
Okay why? Hahaha sampai orang mintak nak kedua ni dah kenapa lol. Tapi tu lah, creator PUBG, Brendan Greene dah memberikan keputusan muktamad untuk tak buat PUBG 2. Dia jugak bukannya akan masuk ke bahagian Fortnite ke apa tiba-tiba hahaha. So, jangan risau lah, dia tak mengkhianati game dia pun.
Projek Baru Brendan
Brendan Greene sekarang tengah fokus on projek baru yang masih tak diketahui. Brendan Greene jugak ada menyatakan yang dia dah takkan terjebak dengan genre battle royale ni sebab dia akan cuba menceburi genre lain dengan projek terbaru dia ni nanti. Dia jugak menyatakan yang dia sama sekali takkan buat PUBG 2.
Sekarang ni projek yang dikatakan sebagai PUBG’s “Special Projects” Initiative yang diumumkan pada bulan March. Tapi detail tentang projek ni masih takda sebab dia cakap tak wujud lagi bendanya and masih dalam perancangan. Brendan berkata dia tengah explore online experiences untuk mencuba sesuatu yang orang lain tak pernah buat dan idea dia banyak so dia berharap orang lain akan enjoy jugak game dia akan buat.
Tapi walau apa pun idea yang dikeluarkan, satu pun takda yang membawa kepada genre battle royale. Brendan jugak berkata yang projek baru ni dia bukan under CEO PUBG Corp. iaitu Chang Han Kim, untuk mencari “The Next Big Thing”. Projek ni dalam proses perancangan dan experimentation lagi.
Akhir kata daripada Brendan Greene adalah, “Kita tak buat ni untuk keuntungan, mungkin suatu hari nanti yes, tapi bukan sekarang dan takda deadline dalam pembikinan game ni sebab kita masih banyak idea untuk di explore lagi”. So, korang rasa game baru Brendan Greene, creator of PUBG ni macam mana nanti? Betul ke dah takda genre battle royale? Kita kena tunggu lah, tapi yang pasti bukan PUBG 2 ke PUBG X ke apa hahaha. Keep it cool and ciao gais~
Sumber: comicbook/wwg
Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-
Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)
Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)
RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam