PUBG: Pemain PRO kena banned sebab disyaki menipu dalam tournament??



Untuk pengetahuan korang, baru-baru ni PUBG ada keluarkan satu software iaitu anti-cheat software yang mana software ini akan detect cheaters dalam game untuk setiap pemain termasuklah pemain-pemain PRO.

Apabila ada tournament PUBG, software anti-cheat ini akan digunakan. Dan sejak software ni digunakan, terdapat beberapa pemain PRO adalah cheaters dan dikenakan banned. Menurut seorang pengguna Reddit, antara pemain PRO yang kena banned akaunnya termasuklah PlayerJones, Hoffmann88, sezk0, TEXQS, Cuhris, Tefl0n, SIDJkee, Smitty, Papaya, Cageman, houlow, dan Kraqen.

PUBG Corp mendapati yang cheaters menggunakan Radar Hack yang mana ia membolehkan pemain melihat kedudukan pemain lain di dalam map. So, memang senang la pemain nak tahu dimana pemain lain duduk dan ini adalah salah satu cara untuk menang dalam tournament. Patutlah ramai je yang kata PUBG ni ramai cheaters. Haha

Ada salah sorang pemain PRO PUBG yang popular iaitu TEXQS juga telah di banned. TEXQS adalah seorang pemain untuk e-Sport Pittsburgh Knights, yang mana dia telah digantung dan siasatan sedang dijalankan.

Dua lagi pemain dari Sans Domicile Fixe (SDF) team telah mengakui yang mereka memang melakukan perkara ini. Ia diperhatikan apabila mereka telah tewas selepas tournament beralih ke LAN setting.

Well, apa yang akan dikenakan untuk pemain-pemain yang bersalah ni? PUBG Corp masih belum keluarkan apa-apa kenyataan dan mereka yang bersalah ini semua masih dalam sisatan. Jadi, kita tunggu untuk next berita untuk ketahui siapa lagi yang menggunakannya.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



Leave a Comment

Scroll to Top