Racuntech Penang is currently close due to renovation until 1st September 2021. Dismiss
Action

PUBG Style dalam Red Dead Online!!



Ouhhhhhhh yes, lepas ni Red Dead Online akan mendapat update beta terbaru iaitu Gun Rush. Dikatakan Gun Rush ni akan jadi macam PUBG lah senang cerita so memang kaw-kaw best lepas ni hehe. Kepada sesiapa yang tak tau, Red Dead Online ni adalah mode multiplayer untuk game western asalnya Red Dead Redemption 2 yang dinanti-nantikan oleh orang ramai sejak kejayaan game sebelumnya Red Dead Redemption.

Game developer series Red Dead Redemption 1&2 dan Red Dead Online iaitu Rockstar Games telah mengumumkan, yang diorang akan mengeluarkan update mode baru Gun Rush. Mode ni memang sebijik macam battle royale yang digunakan dalam game PUBG. Sebelum ni Red Dead Online dah ada mode macam ni dipanggil “Make It Count” di mana 16 atau 32 orang akan survive dan lawan antara satu sama lain tapi dibekalkan dengan pisau dengan bow je.

Walaupun dah ada mode yang sebijik sebelum ni dalam Red Dead Online, tetapi Rockstar Games nak dua mode yang berbeza di mana satu yang traditional (Make It Count), dan innovative (Gun Rush). Mode-mode ni untuk bagi player merasa bermain dua-dua mode yang berbeza dan challenging. Baru bagus challenging sikit kalau tak bosan je betul tak? Mode Gun Rush: seperti PUBG, di mana player kena lah cari weapon dan ammo sendiri. Tetapi malangnya, satu map akan ada hanya 32 orang sahaja dan akan mengecil.

Dengan mengeluarkan dua mode ni, kita boleh nampak yang style battle royale PUBG memang popular. Style game trending ni banyak diikut oleh game developer lain. Rockstar Games juga cakap yang akan ada future updates selain Gun Rush dalam Red Dead Online tetapi, buat masa sekarang takda info lebih yang diterima so apa-apa pun Rockstar Games mesti akan menambah mode untuk keseronokan player main Red Dead Online.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Join the conversation

Request a call

TOP

SHOPPING BAG 0

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.