AAA Games

Punca Kenapa Ramai Benci Epic Games Store



Punca Kenapa Ramai Benci Epic Games Store

racun-tech-epic-games-store

Okay so, sekarang ni kan tengah banyak kontroversi pasal Epic Games dan store diorang iaitu Epic Games Store. Baru-baru ni Epic Games Store dah buat beberapa perkara yang dikira membuat ramai sangat para gamers di luar sana marah gilos kat diorang ni. Epic Games Store bukan sahaja ambil Metro Exodus sebagai exclusives tapi game terbaru Gearbox Software iaitu Borderlands 3 pun diorang amik jugak huhu.

Customer Service Teruk, Security Easily Hacked

Tapi lupakan tu, sekarang ni E-jam nak cerita kat korang punca apa sebenarnya ramai orang benci dekat Epic Games Store ni (tapi E-jam akan senaraikan yang paling dibenci pasal EGS ni). Salah satu punca kebencian para gamers kepada EGS ni adalah Epic Store launcher senang sangat kena hack. Kejadian kena hack ni sebenarnya dah ramai kena dan orang memang marah sangat disebabkan isu ni. Bukan tu je, EGS ni tak support controller device (jika korang adalah seorang PC Gamer tapi selesa dengan penggunaan controller untuk main game), takda achievement, takda game forums dan customer service yang teruk.

racun-tech-metro-exodus-epic-games

Harga Mahal Sangat Berbeza Ikut Tempat

Selain tu, game yang dijual adalah berbeza mengikut daerah yang korang duduk. Okay contoh lah, kalau E-jam duduk kat KL, dan kawan E-jam duduk Sabah, game yang kitaorang nak beli tu harga dia RM15 kat tempat E-jam tapi kat Sabah kawan E-jam kena bayar sebanyak RM30. Tak fair kan? Kalau macam Steam, dan store yang sama, harga akan sama untuk semua tempat satu dunia ni cuma berbeza mengikut store tu sahaja.

Tak Boleh Main Offline, Tiada System Cloud Saving

Ni satu punca besar kebencian gamers jugak, dekat EGS, korang memang TAK BOLEH main game secara offline. Yes, ni adalah hakikat gais. Untuk main game dekat EGS, korang kena online sentiasa, tak kira lah macam mana sekali pun walaupun game yang korang main tu adalah game single player yang SEPATUTNYA boleh main secara offline. Bukan tu sahaja boschku, EGS ni jugak takda system cloud saving di mana korang akan ada backup save yang akan disimpan kalau korang main game. Dengan cloud saving, kalau korang uninstall game, PC rosak, dan sebagainya yang boleh membuatkan game korang rosak atau terhenti, cloud saving ni lah backup korang TAPI EGS takda huhu. Hahaha sabar gais ni fakta eh so redha je lah.

racun-tech-reddit-epic

No Review System, Peluang Refund Sangat Tipis

Okay ni adalah gabungan yang teruk lah bagi E-jam. EGS ada banyak game, so mesti lah kita nak cuba kan? Tapi bukan sebarang cuba lah so kita kena lah baca review dia dulu betul? Tapi dalam EGS ni takda sebarang review system yang dimasukkan dengan alasan sebab takut orang ramai akan review bomb game ni. Bukan tu je, bila dah takda review, kita main beli, maka tengok-tengok game tu tak best and EGS ni pulak baru je letak system refund (sebijik macam Steam iaitu dalam 2 jam main atau dalam masa 14 hari). Bila kita minta refund daripada EGS, peluang korang untuk dapatkan refund tu E-jam boleh cakap sangat susah huhu. Kebanyakan orang cuba refund tak dapat walaupun diorang mengikut criteria yang ditetapkan oleh EGS.

40% Daripada Epic Games Dimiliki Tencent, Memaksa Pengguna Beli Disebabkan Exclusives

So sebagai last, sumber mengatakan, 40% daripada Epic Games Store ni dimiliki oleh Tencent. Tencent adalah company yang menjual data pengguna kepada kerajaan China. Ni adalah sangat tak menghormati privasi seseorang gamer di mana diorang main ambil sahaja data pengguna tanpa sebarang maklum balas. Lagi satu adalah EGS memaksa  pengguna dengan membeli game yang diorang dah ambil sebagai exclusives di store diorang. Ni lah antara punca yang paling utama yang ramai gamers benci atau memang taknak beli langsung dekat Epic Games Store.

Dan banyak lagi sebenarnya punca kepada kebencian gamers kepada EGS. So gais, apa pendapat korang? Betul ke EGS ni tak adil, tak bagus dan sebagainya macam orang katakan? Adakah korang seorang pengguna EGS? Leave a comment and share pendapat korang okay dan E-jam bukan racist dan tak haramkan korang daripada memakai service Epic Games Store tetapi diorang kena memperbaiki system diorang dulu baru kita sebagai consumers akan suka dengan service diorang. Keep it cool and ciao gais~


Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST