Action

Predator: Hunting Grounds Trailer dan Trial Weekend 27-29 March Didedahkan!

racun-tech-predator:-hunting-grounds

Get To The Choppah!

Publisher Sony Interactive dan developer IllFonic dah mengeluarkan overview tentang game terbaru mereka Predator: Hunting Grounds dan trial weekend yang akan berlangsung pada 27 hingga 29 March. Trial ini terbuka untuk PS4 player yang mempunyai Playstation Plus membership dan PC players melalui Epic Games Store.

Kedua-dua pihak ini juga sudah mengeluarkan dua trailer, satu daripada perspective Predator dan satu lagi daripada perspective Fireteam (manusia).

Map Predator: Hunting Grounds

Berada dalam kawasan pergunungan Amerika Selatan terdapat tempat bernama Overgrowth. Sebaik sahaja player masuk dalam map ni, player akan rasa claustrophobic (takut pada ruang yang sempit atau kecil), kerana dipenuhi dengan environment hutan. Player akan rasa sesat, pada masa yang sama cuba untuk jalan melalui hutan itu, samada sebagai Fireteam ataupun Predator.

racun-tech-predator:-hunting-grounds
racun-tech-predator:-hunting-grounds

Dalam game ini, player bukan akan lawan antara satu sama lain sahaja. Sebagai Fireteam, player juga akan cuba tumpaskan sindiket guerilla tempatan dan operasi tertutup yang dijalankan di kawasan Overgrowth ini selain daripada memburu Predator.

Sebagai Predator pula, kalau pernah tengok movie Predator, mesti tau kan perangai diorang macam mana. Predator akan cuba buru semua manusia yang ada dan cuba mengumpulkan sebanyak mungkin trophy (tengkorak manusia) yang boleh.

Berganding Bahu Dalam Memburu Predator Sebagai Fireteam!

Kalau player memilih untuk bermain sebagai Fireteam, mereka ini bukan askar biasa-biasa tau. Selain daripada cuba untuk tumpaskan sindiket haram yang berlaku dalam kawasan mission tu, Fireteam ini juga ditugaskan untuk memburu Predator.

Player yang memilih untuk bermain sebagai Fireteam akan dapat mission. Mission tersebut mungkin samada untuk tumpaskan guerilla ataupun buru Predator. Tapi dalam mission tu akan ada juga kedua-dua pihak musuh tu.

Fireteam mempunyai 4 class, Assault, Scout dan Support (dalam trail weekend ini akan showcasing 3 ini sahaja). Assault class adalah well-rounded specialist yang memang bagus kalau nak pimpin mission macam ni. Jika player mahukan yang laju, boleh pilih Scout, class yang sangat laju, dan boleh pergi ke tempat lain dengan pantas. Support class pula adalah team member yang sangat bagus, lagi-lagi jadi tank dengan health dan damage resistance diorang.

Selain daripada pilih class, player juga boleh pilih weapon pilihan diorang seperti shotgun, assault rifle, sniper dan lain-lain. Weapon juga boleh naik level, dan bila sudah naik level, player akan dapat upgrade seperti scope, magazine, suprressors untuk menaik taraf penggunaan senjata tersebut.

Kumpul Trophy Sebagai Predator!

Nak main sebagai Predator? Boleh sahaja gais! Predator ini nampak jer kuat dan laju tapi jangan lupa, player juga boleh diburu tau. Mission Predator ini simple, kumpul trophy terbaik, maksudnya buru manusia yang terbaik (Fireteam) dan kumpul tengkorak diorang untuk dijadikan trophy.

Predator ada 3 class iaitu Hunter, Berserker dan Scout. Hunter class membolehkan player untuk hayun di atas pokok, merupakan class yang paling seimbang dan dapat menyelesaikan beberapa masalah dengan mudah. Class selebihnya tidak diberitahu kekuatannya, mungkin sengaja untuk kita sebagai player untuk mencubanya.

racun-tech-predator:-hunting-grounds

Player juga boleh pilih untuk samada jadi Predator berjantina apa, samada Male Hunter atau Female Hunter dan juga pilih armor untuk rupa yang menarik. Predator akan dilengkapi dengan pelbagai senjata seperti Plasma Caster, Smart Disc, Combistick dan banyak lagi.

Kalau manusia dah overpowered Predator, nak kena buat apa? Jangan risau, Predator boleh self destruct untuk menamatkan riwayat semua Fireteam tersebut.

racun-tech-hunting-grounds-epic-games-store

So, kalau korang nak cuba game ni, jangan lupa untuk dapatkan trial weekend ini di Playstation Store untuk mereka yang ada Playstation Plus membership atau PC melalui Epic Games Store daripada 27-29 March tau gais!

Keep it classy, stay safe, dan ciao gais~

See Also: Troubleshoot: Tiada Display, The Witcher Menjadi Salah Satu Most Viewed Dalam Netflix Dan Mendapat Anime Film??, Rainbow Six Siege Dah Jadi Free?? Download Sekarang!, BenQ EX2780Q, Monitor All Rounder Terbaik?

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun7ech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (https://wa.me/601156449940)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST