#RacunTips Cara Main Kingdom Hearts 3 Yang Betul!!



Hello there gamers, okay seperti yang korang dah tau pasal Kingdom Hearts 3 dah keluar and bro pun dah pernah cerita pasal bila game ni keluar and adanya hotel di Disney Tokyo kan. Korang dah main dah game yang dikatakan best sangat-sangat ni? Tapi ada tak time korang main tu rasa macam susah sangat and rasa macam boleh je main tapi take time atau macam dah lama sangat tak main so tak tau apa-apa langsung?? Takpe meh sini bro bagi sedikit tips okayyy.

Okay, okay, first of all korang kena lah tau jalan cerita untuk Kingdom Hearts supaya korang tak lost dalam story ni ternganga sana sini main kan? Bila dah start game, dekat title screen ada tulis memory archive dan di situ lah korang boleh tengok lore atau jalan cerita dari mulanya Kingdom Hearts dan seterusnya sampai lah sekarang. Lepas tu, bila korang dah start main, Sora akan diberikan Gummi Phone di mana korang boleh check item, status, dan lain-lain.

Seterusnya, tak perlu naik level banyak-banyak! Sebab kebanyakan enemy boleh dilawan dengan senang dan skill yang diperlukan hanya boleh dapat dengan kalahkan boss. So dari situ korang kena lah main terus dan kalahkan boss okay lagipun grind level ni hanya membuang masa untuk korang yang lebih memfokuskan kepada cerita. Jangan risau, tak cakap pun takyah naik level tapi hanya naikkan level pada level sepatutnya je tek perlu lebih-lebih pun untuk enjoy game ni. Tapi ada satu skill yang korang boleh on kan pada mula-mula game iaitu zero EXP yang takkan naikkan langsung korang punya EXP so kalau nak main game ni dengan mencabar diri korang try lah eh hehe.

Ingat guys, dalam game Kingdom Hearts 3 ni korang mesti kene hit banyak kali. Bro gerenti susah nak elak serangan daripada enemy. Tapi chill lu, this game is about timing so kalau korang timing attack daripada enemy dan guna guard, confirm korang boleh kurangkan damage kepada nyawa korang. Untuk korang yang selalu mati bila lawan, jangan risau, EXP yang korang dapat masa lawan tu akan kekal dapat dan korang dibagi satu option iaitu “prepare and retry” di mana korang siapkan dulu barang korang dulu dan masuk lawan balik.

Selain tu jugak, untuk senangkan kerja korang, naikkan camera movement speed tau. Ni sebab nanti senang nak lawan enemy yang kelilingi korang. And korang pun jangan lupa guna block so korang¬† tak dapat damage. Bila lawan pun make sure jangan selalu sangat lock on sebab nanti susah nak lawan dengan enenmy yang ramai datang secara depan-depan. Ha, ni best, Sora mesti lari slow kan? Apa kata korang tembak “blizzard” ke depan. Lepas dah tembak magic tu, cuba jalan atas kesan magic tu, nanti Sora akan slide atas tu tau hahaha bestnyaaa.

Itu sahaja lah tips yang bro ada untuk korang, harap-harap dengan tips ni korang dapat lah main Kingdom Hearts 3 dengan bagus hehe. Apa-apa pun goodluck and have fun guys!!

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Join the conversation

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!