pc

#RacunTips Risiko Memakai GPU Mining Untuk Gaming



Okay so gais, E-jam nak share sikit lah knowledge lah tentang GPU yang mainly kalau digunakan untuk mining ni yang E-jam tau so far. So, first of all, mining ni adalah process dimana GPU korang (dulu pakai CPU tapi sekarang GPU is better lah) akan memprocess data yang diperlukan untuk menghasilkan bitcoin. Biasanya untuk mining Bitcoin ni diorang akan buat Mining Rig tau so dia akan pakai dalam 6 GPU (ada lagi extreme sampai entahlah, 20? hahaha) takpun supercomputer terus haa hahaha. So benda ni memang akan cepat memanaskan dan memakan banyak bil eletrik.

Bitcoin ni pulak adalah sejenis cryptocurrencies atau duit maya lah kiranya dan nilai bitcoin ni macam pelaburan lah kadang naik kadang tak and ada je lain macam Etherium, Etherium Classic dan lain-lain. Tapi tu cerita lain lah so sekarang ni E-jam nak cerita kenapa E-jam tak sarankan korang beli GPU yang telah digunakan untuk mining ni.

Okay first, memang lah orang jual GPU yang mahal macam GTX 1070, 1080 tapi digunakan untuk mining dengan murah kan, tapi ada side effect dia gais. Okay contohnya macam ni, kalau korang main game, dia pakai kira-kira 80% je daripada full capacity GPU tu dan korang bukannya 24/7 main game kan? Tapi kalau GPU dibuat untuk mining ni pergh memang dia jadikan kuda kaw-kaw lah. Dia process untuk mining tu memang 100% kaw-kaw lah beb. So risiko life expectancy GPU tu menurun boleh jadi lah. Bukan boleh jadi memang AKAN jadi pun cuma tak tau lah bila boleh poof rosak terus.

So kalau korang contoh lah terbeli atau memang pergi beli dekat orang miner yang pakai GPU untuk mining ni, bila main game kan korang rasa FPS okay je then tiba-tiba drop tu haa confirm ah tu confirm tersangatlah tu ada problem. E-jam bukan nak cakap tak boleh buat untuk gaming dan tak haramkan sama sekali pun tapi serious E-jam cakap ada risiko dia. Better korang beli GPU baru yang tak disentuh lagi, suci lagi daripada mining daripada korang menerima padah huhu.

Tapi lah kan KALAU korang BELI jugak GPU daripada miners ni E-jam nak tekankan kat sini tolong check betul-betul sebelum beli dan tanya ada lagi tak warranty. Korang jugak kena make sure dari negara mana diorang beli takut luar negara so nak dapatkan warranty tu teramat lah susah gais. Disebabkan life expectancy GPU tu tak tentu so bila-bila boleh rosak. Kalau ada warranty korang boleh claim hantar RMA dekat mana-mana local distributor tapi E-jam tak janji lah distributor tu akan terima ke tak. Kalau terima, itu lah rezeki korang dan kalau tak, E-jam sorry sangat-sangat atas segala kesukaran yang korang lalui sebab benda ni memang 50/50 tau E-jam tak menjanjikan apa-apa. Oh yeah, kalau boleh local distributor (distributor tempatan) tau so senang sikit.

E-jam bukan haramkan tau ingat ni, tapi E-jam dan warga Racun Tech tak sarankan lah korang beli GPU mining ni sebab nak elakkan korang daripada risiko dan kesukaran yang korang bakal alami kalau beli nanti. Kalau korang beli jugak, make sure cari yang murah di mana-mana platform dan berbaloi and check warranty first gais please hahaha. Tapi kalau korang pakai GPU tu and rosak memang tak dapat bantu. Kitaorang prihatin sangat dengan korang sebagai seorang pengguna yang bijak dan seroang gamer ini semua hanyalah suggestion daripada kitaorang. Bak kata diorang sharing is caring kan? Ke we share because we care ha macam tu lah ahahha.

So kalian semua merenung ke luar jendela dan fikir lah elok-elok ye? Lagipun korang risau apa? Racun Tech kan ada, so click sini dan korang boleh mendapatkan suggestion yang terbaik, order semua barang yang korang perlukan atau datang terus ha lagi elok lah dan dapatkan dalam harga yang naise. Ingat gais, quality over quantity. Harap korang menjadi pengguna yang bijak dan dapat mengelakkan benda yang kira leceh lah macam ni. Kalau E-jam ada silap mengenai GPU mining ni korang betulkan lah eh hehe. Ciao~

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST