#RacunTips: RX 580 vs GTX 1060- Mana lagi yang terbaik untuk 1080p gaming?



Korang pakai graphic card apa? Hari ini, sis nak share sikit mengenai graphic card apa yang terbaik untuk 1080p gaming. Seperti yang kita tahu, sekarang permainan PC dicapai pada resolusi 1080p, yang mana korang dah tak perlu nak jual buah pinggang korang hanya untuk dapatkan yang high-end kad seperti Nvidia RTX 2070, 2080 atau yang baru 2080 Ti.

Kalau ikut bajet atau nak sweet spot untuk 1080p tanpa keluarkan banyak wang, korang boleh beli antara dua ni iaitu AMD Radeon RX 580 atau Nvidia GeForce GTX 1060. Dua kad ini mempunyai harga yang berpatutan dan boleh dimiliki. Ini adalah graphic card yang terbaik untuk game resolusi 1080p sekarang kerana performance-nya dan boleh dapatkan frame rate/fps yang smooth gila.

 

Lagi pun, mid-range kad ini sangat popular dipasaran berbanding dengan Nvidia RTX 2070, 2080 atau yang baru 2080 Ti. Menurut Steam Hardware Survey, 14.3% pemain dilaporkan menggunakan GTX 1060, dan 1.49% menggunakan GTX 1080Ti. So, mana yang terbaik antara dua kad ini, RX 580 atau GTX 1060?

Okay, sekarang sis akan share features dua kad ini RX 580 vs GTX 1060 dan benchmarks game untuk korang bezakan dan pilih mana yang korang suka;

Sebenarnya dua kad ini support dalam banyak teknologi seperti; DirectX 12 dan Vulkan graphic API. Ia juga mempunyai DisplayPort 1.4 dan HDMI 2.ob monitor yang mana support 4K HDR content. Korang tak perlu risau dah kalau guna monitor baru untuk main game terkini.


GTX 1060 vs RX 580 features

GTX 1060 merupakan GPU yang ada dalam generasi Pascal yang dilengkapi dengan pemilihan ciri-ciri moden yang bagus termasuklah monitor G-Sync, Ansel game photography, Nvidia Shield streaming, ShadowPlay recording dan banyak lagi. 

Manakala, RX 580 merupakan generasi Polaris, yang ianya telah dikuasi oleh GPU Vega kemudian AMD. Walau bagaimanapun, Polaris masih support ciri-ciri berguna seperti monitor FreeSync support, AMD Link system monitoring mobile app, Eyefinity multi-display gaming dan lain-lain.

Tak senang sebenarnya nak pilih antara dua kad ini kerana dalam Nvidia ada beberapa teknologi yang hebat diaorang ada berbanding AMD seperti Ansel, tapi FreeSync monitor boleh support oleh RX 580 dan lebih murah berbanding dengan G-Sync yang hanya support pada GTX 1060.

GTX 1060 vs RX 580 benchmarks

Untuk benchmarks, korang boleh tengok Youtbe yang kitaorang buat seperti dibawah;



Benchmarks yang kitaorang test, pada game seperti Dota 2, PUBG, dan Counter Brike. So, korang boleh lihat capaian fps dengan menggunakan graphics ini. 

Pada pendapat sis, antara dua kad ini, sis akan suggest beli AMD Radeon RX 580 kerana harganya yang murah dan VRAM besar yang sesuai digunakan untuk gaming. Bukan itu je, ia juga boleh digunakan pada FreeSync monitor berbanding dengan GTX 1060 yang hanya boleh digunakan pada G-Sync dan mahal sikit lah. Haha  

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.






Leave a Comment

Scroll to Top