#RacunTips Shoot Dengan Baik Dalam Apex Legends



Okay gais, so E-jam daripada minggu lepas brain habis-habis nak main dengan padu dalam Apex Legends tau. So, selepas dah beberapa ratus kali sentap sebab kalah (serious), and tembak asyik tak kena (kadang-kadang sebab ada cheaters), akhirnya E-jam dah brain (ada je ikut tips lain hihi) cara nak main dengan betul!

Okay so, first korang memang kena betulkan skill aim korang. Sebenarnya pistol apa korang pakai tak kisah pun asalkan aim padu, semua weapon padu betul? Lepas tu, korang bila tembak tu, contoh lah ada asap kan, daripada korang mencarut mana diorang apa kata korang spam je tembak and bila kena sekali kan ada nombor keluar kan? Haaa korang adjust lah sikit tembakan tu ke kiri and bawah sedikit. Selain daripada tu, korang kena jugak lompat-lompat sebab korang takda ultra instinct macam Goku kan hahaha. Lompat-lompat ni bukan apa, tapi nak bagi korang elak peluru je and slide banyak kali pun cun jugak tau.

Okay, ni paling basic, korang mesti pernah main CS:GO kan? Alah, kalau tak CS:GO pun kebanyakan game tembak mesti ada recoil punya lah gais so apa kata korang biasakan tembak tu mouse atau controller tu korang aim ke bawah  sambil tembak. Benda ni bertujuan untuk memastikan cursor korang akan sentiasa focus ke tengah dan bila tembak takkan menaik macam orang ternganga huhu.

Selain tu jugak, korang kena ingat, banyak je pistol dalam game ni so korang kena pandai nak pakai mana satu dalam match nanti. Kalau korang rasa korang ni lebih kepada lawan dekat, pakai lah shotgun okay? Kalau jauh, pakai lah sniper dan rifle tapi ada scope 4x-8x punya tau. SMG pun funtion tau gais, E-jam tau mesti ada yang taknak pakai SMG tapi sebenarnya ada fungsi SMG ni kalau dipakai dengan baik gila. First, SMG ni tembak laju dan reload speed pun laju. Kedua, nak kata recoil tinggi, tak pun sebab SMG ni lagi-lagi Alternator dan R99 memang padu kalau lawan dekat-dekat so korang cuba try test lah nanti ye?

Havoc? Takyah cakap lah memang power rifle ni tapi masalahnya lembap kan? Haa so korang kalau nak pakai ni memang kena pandai ready rifle ni sebelum war dan kalau jumpa mod dia pakai terus sebab bila dah pakai mod rifle ni, korang takyah kene charge nak tembak tau rifle ni baru sedap hehe.

So, sekian itu je tips yang E-jam rasa akan berguna untuk korang nanti. Tapi sekarang ni ada isu cheaters dalam game ni so kalau korang terjumpa, bukan E-jam bagi tips nak lawan cheaters tau hahaha. And last but not least, korang main lama-lama, aim pun akan jadi baik punya lah jangan risau hehe. Ciao~

P/s: Chop! Korang nak gi mana? Takyah lah susah-susah, RacunTech kan ada. Call team Racuntech untuk bantu anda.


Join the conversation

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!