#RacunTips – Tips untuk stream game di Facebook untuk newbie



Kami tahu, memang yang ramai minat untuk streaming game yang diorang main. Kat Malaysia ni dah ramai streamer-streamer yang  dahulunya start kecil-kecilan, and sekarang dah jadi gempak gila, sampai dapat sponsor daripada brand-brand ternama which dorang pun suka gak if ada orang stream, sebab dapat promote product dorang kan. Ok lah tanpa membuang masa, abam nak share sikit, tips utk yang berminat nak jadi streamer.

Pertama, abam nak share sikit tentang specifikasi PC yang sesuai lah untuk streaming ni. Firstly, PC korang mesti la kena bawak game yang korang nak stream tu kan, contoh kalau macam game Dota ke, CSGO ke, tak perlu kuat sangat, sebab game-game macam ni rendah je minimum requirement (keperluan) dia. So untuk PC macam ni, korang boleh pick:-

  1. Any processor yang ada 4 cores 4 threads macam Intel i3 generasi yang ke-8, Intel 5 generasi lama, atau Ryzen 3,
  2. Graphic Card yang mempunyai VRAM at least 2GB, dan minimum GTX950,
  3. 8GB RAM at least,
  4. Dan storage yang secukupnya lah, tapi disarankan pakai SSD, supaya laju sikit nak program, etc.

Software yang kita nak pakai untuk streaming ni adalah kita panggil dia OBS atau Open Broadcaster Software dan software ni adalah actually free! Tu yang best tu. And software OBS ni untuk process dia menggunakan processor berbanding Graphic Card, kami tak galakkan stream pakai software yang pakai GPU macam Nvidia Shadow Play, etc, tapi kalau nak pakai pun boleh takde masalah. Sebab tu kami cadangkan processor yang at least 4 cores untuk support main game, and at the same time run streaming application iaitu OBS ni.

Dan bawah ni merupakan cara-cara nak setup OBS dengan mudah, yang kami dapat daripada Youtube PAN Channel.

Bagi yang berminat untuk streaming tu, enjoy your stream ye! 🙂

https://www.youtube.com/watch?v=1G0zKD4SibM

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



3 thoughts on “#RacunTips – Tips untuk stream game di Facebook untuk newbie”

Leave a Reply to Ikabl Cancel Reply

Scroll to Top