#RacunTips Updates Dan Tempat Penting, Supply Crate Dan Best Landing Spot!



Hello dan hello dan apa khabar? Okay bro straight to the point je lah hehe. Okay sekarang ni, Apex Legends, game battle royale yang tengah hangat sekarang akan mengeluarkan update baru tau. Bukan cakap pasal update sahaja, bro pun nak share tips dan share pengalaman bermain game ni jugak so bersedia okay!

Okay untuk update, sempena Valentine’s Day ni, Apex Legends akan dimasukkan dengan cosmetics yang bertemakan Valentine’s Day tau so kita boleh agak yang akan banyak pink or banyak love-love gitu. Selain itu, bug fix pun ada so kalau korang yang main ada macam pelik-pelik je ke, masa loading screen member hilang daripada kewujudan game ke, apa ke akan dibaiki sikit demi sedikit. Yela, game baru kan kasi chance lah hahaha. Untuk check apa yang diupdate, dibaiki, korang boleh check di sini.

Okay untuk tips pulak kan, bro tak tau nak mula macam mana hahaha. Tapi first of all, mesti korang nak tau kat mana tempat landing yang paling boek ah kan? Okay ni adalah list tempat landing yang paling best bagi bro dan jugak player yang lain.

  • Thunderdome: Walaupun bukan tempat yang besar, tapi ianya bagus sebab ada supply yang cukup untuk korang dan team bila dalam match nanti dan kadang-kadang orang tak selalu turun sini.
  • Supply Ship: Haa tempat ni lah tempat yang paling ramai orang pergi sebab loot kat sini adalah High Tier so memang jad irebutan orang lain so goodluck bila pergi sini guys. Tempat ni bagus untuk korang yang suka lawan cepat-cepat.
  • Relay: Tempat ni bagus untuk korang yang nak loot secara aman dan tak dikacau mula-mula and lepas tu gi kacau orang ni memang tempat paling sesuai.
  • Water Treatment: Salah satu tempat yang terbesar dalam King’s Canyon, tempat ni memberikan beberapa loot dan paling rare kalau dapat adalah purple atau emas. Tempat ni jugak boleh jadi tempat sembunyi yang bagus bila korang nak sembunyi tunggu makin siki squad.

Okay itu untuk tempat, untuk korang cari kat mana supply box ni atau kat mana tempat respawn yang terdekat, haa ni lah map dan location untuk supply box dan respawn point.

Okay itu sahaja untuk kali ni, kalau pasal weapon pulak, bro suggest apa yang sesuai korang pakai lah. Kalau korang lebih kepada tembak dekat, pakai lah smg dan shotgun atau rifle dan shotgun. Kalau jarak jauh, pakai lah sniper dan rifle.

Tapi jangan mengharapkan pada senjata saja tau, korang kena pakai skill yang ada tu dengan betul baru jadi gempak gameplay tu. Korang jugak kena pilih character yang bersesuaian dengan team korang tau. Okay ciao and jumpa dalam Apex Legends nanti okay?

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Join the conversation

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!