Action
rainbow-six-siege-free

Rainbow Six Siege percuma untuk dimain hujung minggu ini daripada 5-8 March

Rainbow Six Siege adalah game di mana jika korang ada mood untuk tembak-tembak, tapi tak tau nak main game apa, mungkin korang boleh cuba game ni. Ubisoft sekali lagi menjadi pemurah hati dengan memberikan semua player akses secara percuma untuk bermain game ini tetapi dalam masa yang terhad sahaja. 

Dalam waktu freebie selama 4 hari ni, korang boleh main dalam semua map dan modes tanpa sebarang sekatan, kecuali operator yang korang perlu beli lah.

Kat mana nak dapatkan copy percuma game ni?

Rainbow Six Siege ataupun R6S, boleh didapati di gamestore Steam, Epic dan juga Uplay. Seperti biasa juga, bila korang main game ini waktu freebie ini dan dah fikir masak-masak untuk membelinya, sebarang progress atau achievement yang korang dapat masa main freebie ini akan diangkut ke base game yang korang akan (mungkin) beli nanti. Tak lupa juga yang game ini akan diberikan discount sehingga 75% (bergantung pada version game) sepanjang waktu freebie ini dijalankan.

Takkan Rainbow Six Siege ini free sementara sahaja?

Kita ada dengar khabar yang game director R6S, Leroy Athanassoff berkata, yang dia pun mahukan game ini menjadi free-to-play. Tetapi Athanassoff berkata ianya susah untuk bertukar kepada free-to-play. Apa yang mereka perlukan adalah satu penyelesaian kepada masalah kerap dalam dunia online gaming iaitu “smurfing”. So sehingga jalan penyelesaian itu dijumpai, mereka masih lagi tidak dapat membuat sebarang keputusan untuk menjadikan game ini “free-to-play”

So apa tunggu lagi operator sekalian? Download Rainbow Six Siege sekarang dan tentukan samada korang nak beli atau tidak game best ni!

Keep it classy, stay safe, dan ciao gais~

See Also: #RacunReview Gaming Laptop Illegear Selenite Upgraded!?, Prodigy Dan Rogue Laptop Gaming Keluaran Illegear?, #RacunReview-Illegear Raven, Reka Bentuk Laptop Yang Ekslusif dan Juga Menarik!!!!

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST