Razer nak keluarkan keyboard tanpa wayar. Serious ah TANPA WAYAR??


Korang suka tak pakai keyboard dengan mouse pada Xbox One korang? So, korang pasti akan tertarik dengan apa yang Razer nak keluarkan. Razer dan Microsoft telah bekerja sama untuk menghasilkan keyboard dan mouse tanpa wayar PERTAMA di dunia yang khas untuk pengguna Xbox One!

BY THE WAY, pheriperals ni bukan sahaja tanpa wayar yang PERTAMA di dunia khas untuk Xbox One. Ia juga PERTAMA bagi Razer sebab diaorang dah pernah buat mouse tanpa wayar yang power seperti Mamba dan Lancehead tapi dorang tak pernah lagi buat keyboard tanpa wayar. So, ini adalah keyboard tanpa wayar PERTAMA yang akan dikeluarkan oleh Razer!

Last! Benda yang paling best keyboard dengan mouse ni juga boleh guna untuk PC tau!! Dan kalau tengok by design sangat sesuai untuk couch gamers. So apa tunggu lagi para PC Master Race? Pheriperals by Razer ni dijangkakan akan dilancarkan pada 8 Januari 2019 kat CES 2019 nanti, so bersiap sedia! Sis harap harga dia tak semahal Xbox One tu sendiri.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



Leave a Comment

Scroll to Top