RESIDENT EVIL 2 Lebih Popular Daripada RE7!!!




Resident Evil 2 Remake (RE2R) yang baru dikeluarkan pada 25 Januari 2019 yang lalu sudah menarik hati lebih ramai gamers berbanding Abangnya,  Resident Evil 7 (RE7). Daripada sebuah post reddit, RE2R telah berjaya mendapat 74,227 pemain bermain serentak manakal RE7 mampu hanya 20,449 pada waktu pengeluarannya dua tahun lepas. Namun, ini semua hanyalah anggaran daripada jualan digital. Jualan fizikal tak tahu lagi.

Pada awal bulan lalu, Capcom telah keluarkan demo bagi game Resident Evil 2: Remake. Demo tersebut hanyalah boleh main sekali tetapi dapat sambutan hangat daripada gamers-gamers serata dunia. Disebabkan ia hanya “1-shot”, pemain hanya dapat main sekali sahaja. Kalau nak main lagi, kena la beli. Hebat taktik diorang nak buat sale.

Satu lagi nak ditekankan ialah game tersebut adalah sebuah remake, maksudnya ia adalah hasil semula daripada game yang asal iaitu Resident Evil 2. Capcom telah menaiktarafkan segala aspek game asalnya seperti graphics, gameplay dan story. Untuk pengetahuan korang, game Resident Evil 2 yang asal disanjung sangat tinggi oleh peminat francais Resident Evil. Berbanding RE7, pemain lebih rasa nostalgik pada RE2R kerana memberi flashback kepada pemain pada waktu pertama diorang main RE2 dulu. Apatah lagi, dengan cerita, visuals dan gameplay yang lebih bagus daripada original.

Masih awal lagi untuk sebuah game diberi rating yang tinggi tapi nampaknya Resident Evil 2 Remake tidak perlu tunggu lama untuk menjadi game pilihan peminat. Kalo awal-awal dah berjaya, nanti hujung bulan depan camne la agaknya. Katanya ada DLC yang dah announce…



Leave a Comment

Scroll to Top