Ring of Elysium, Battle Royale Dari Tencent Hadir ke Steam!

Akhirnya, game battle royale yang ditunggu oleh abam akan muncul ke Steam. Dulu abam main game Ring of Elysium (ROE) ni di Garena, dan agak susah nak main, sebab, banyak benda nak kena buat untuk ubah bahasa dia. Ada dia bagi abam main dalam bahasa Thailand, mana abam faham. Tapi, jangan risau, kali ini, ROE akan di lancarkan di Steam, dan yang paling best, ianya percuma! Info lanjut untuk game ROE ni, korang boleh teruskan bacaan korang ye.

Di dalam ROE, korang merupakan salah seorang pelancong di sebuah resort di atas gunung dan ditimpa bencana, ribut salji! Hanya satu helikopter penyelamat yang tinggal dan hanya boleh membawa 4 orang yang terselamat sahaja diikuti dengan bulatan ribut salji yang membekukan di sekeliling pemain. Ini bermaksud, Battle Royale time! Sebelum ini, game ini dipanggil sebagai Europa. Ianya akan hadir di Steam pada 19 September (minggu hadapan) dan macam aku cakap tadi, ianya Free-to-play! Sayangnya, buat masa sekarang, untuk region Malaysia, belum boleh dilihat lagi. WHY! WHY! WHY! Korang boleh usha LINK ni.

Agak sedih, tetapi aku mengharapkan yang game ni, akan boleh dimainkan di Malaysia jugak nanti. Mungkin, masa release nanti ke. Walau apa pun, untuk info lebih, aku tinggalkan korang satu video, untuk korang usha sendiri macam mana gameplay ROE ni ya:




Leave a Comment

Scroll to Top