Welcome to Racuntech – Top Custom PC Builder in Malaysia!

Gaming
Posted in

Scum menambah ciri serangan jantung untuk menangani pemain yang tidak berhenti makan

Posted in

Ingat lagi tak tentang usaha seorang pemain untuk menjadi watak paling gemuk di Scum? Ia menguji batasan permainan simulationist survival tanpa mati. Kini, berat dia sudah mencecah 400 kg.



Bercakap kepada PC Gamer di PAX Australia, pengasas bersama Devolver Digital, Graeme Struthers menjelaskan bahawa pencipta Scum menyedari akan usaha heroik ini. “Ada seorang lelaki di Reddit yang telah menarik banyak perhatian kerana dia cuba untuk mencari cara yang paling berkesan untuk menambahkan berat,” kata Struthers. “Implikasi daripada itu akan menyebabkan serangan jantung dalam kehidupan sebenar manusia. Perkara-perkara semacam itu akan mula dimasukkan, jadi itu mungkin akan berakhir dengan makan lemak zombie.”

Pada masa ini, mungkin watak-watak di Scum untuk mati adalah akibat hiportermia atau overexertion, tetapi serangan jantung akibat daripada makan berlebihan mugkin akan menjadi salah satu penyebab baru. “Ini tidak bermakna akan berakhir” kata Struthers. Beliau juga mengatakan, pemain tersebut mungkin kena berdiet dan sekiranya dia ada masalah jantung, dia mungkin akan mencari peluang Reddit lain, Tapi macam mana nak turunkan berat badan? Apa yang patut dia buat?: Scum Diet dan Latihan Rejimen.



Bukan ciri ‘serangan jantung’ saja yang akan dikeluarkan, tetapi akan ada beberapa kenderaan yang dikeluarkan untuk update yang seterusnya seperti SUV dan traktor.

Tarikh update kini masih belum dimumkan. Struthers memberitahu bahawa mereka akan memastikan segala perkara akan berfunsi sebelum digunakan dan terdapat ujian dan QA dilakukan.
*Marilah kita tunggu dan lihat bila ia akan diumumkan..
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.

Join the conversation

Request a call

ACCOUNT
Wishlist
Wishlist
Login
Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

TOP
Arrow Chevron

SHOPPING BAG 0