AAA Games

Sebab Kenapa Korang Tak Perlu Future Proof PC Korang



Sebab Kenapa Korang Tak Perlu Future Proof PC Korang

Hello there gais, ha mesti korang pelik tengok tajuk article kali ni kan? Maybe tak pelik lah kot tapi E-jam akan sharekan dengan korang kenapa, kenapa korang tak perlu future proof PC Gaming korang.

1. Tak Semua Orang Perlukan Future Proof PC

Okay first reason dia adalah tak semua orang perlukan future proof PC. Sebab apa? E-jam tau yang ramai mahukan future proof PC, lagi-lagi PC Gaming supaya korang boleh keep up dengan standard-standard gaming zaman sekarang. E-jam bukan apa, kalau korang adalah seorang hardcore gamer dan bangsawan, takpe lah rasanya tapi yang kalangan marhaen, korang tak perlu sangat menghabiskan duit dalam poket semata-mata nak kejar seperti orang lain yang ada high end PC gaming.

Mostly kita akan hanya bukak browser dan tengok videos dan buat kerja sahaja. Senang cerita, kalau betul-betul korang perlukan high end atau nak future proof PC Gaming, pastikan yang korang beli tu akan bertahan dalam 4-5 tahun (atau lebih) tapi mengikut jugak ramalan korang kalau korang rasa-rasa game yang akan datang akan power tahap mana. So beli bila korang rasa korang betul-betul memerlukannya okay?

2. Warranty Tak Boleh Keep Up

Kedua adalah, kebanyakan warranty takkan boleh keep up. Okay kenapa E-jam cakap macam ni? Bila korang dah buat high high gilos end punya PC Gaming, mesti lah dia boleh bertahan lama kan? Tapi apa akan jadi 3-4 tahun atau lebih selepas tu? Contoh lah warranty PC part korang ada yang 4 tahun, tapi selama 4 tahun okay je tapi warranty korang dah habis dah sebab dah lepas 4 tahun. Apa yang akan jadi adalah warranty akan habis dah and kalau rosak, tak ke korang tak boleh claim warranty?

Motherboard, processor dan GPU (PSU pun dikira mahal jugak) adalah benda yang paling mahal dalam sebuah PC. So kalau korang dah kehilangan warranty dalam item-item ni, susah woo. Untuk pengetahuan korang, Intel, Nvidia dan AMD hanya offer paling maximum adalah 3 tahun (mungkin ada yang plus 1 atau lebih). So, consider lah warranty tu gais okay?

3. Kebanyakan Technology Semakin Cepat Maju

Sebab ketiga pulak adalah kebanyakan technology sekarang makin lama makin maju dengan cepat. Let’s say, korang dah buat future proof PC Gaming, sekali tengok keluar yang baru punya esok lusanya haa. Pishang beb. Tapi senang cerita korang kena jadi consumer atau pengguna yang bijak lah. Melainkan korang adalah seorang yang menjaga server atau apa ke so its okay dudes.

4. Tak Semestinya Future Proof Berkesan Untuk Masa Yang Lama

Okay ini kalilah yang keempat adalah future proof tak semestinya akan berkesan untuk masa yang lama. Kenapa? Kalau korang adalah seorang gamer, korang future proof demi game yang high graphic pada masa akan datang, mula-mula mesti smooth tapi lama-lama, dah tak dah. E-jam ada kenalan yang pernah future proof and dia sendiri berkata yang mula-mula memang okay tapi lama-lama not so good dah. Dia jugak cakap kalau korang nak future proof jugak, make sure korang sanggup untuk overclock tapi bersedia untuk kehilangan warranty.

Tapi overclocking akan buatkan korang punya future proof PC berbaloi. Kalau casing lak, takpe, sebab satu casing yang mahal je boleh buat beberapa build dalam casing yang sama. Untuk yang GPU pulak, ada beberapa orang berkata yang maybe dalam 2-3 tahun dah mula affect performancenya so better korang buat upgrade yang berkali-kali daripada upgrade yang tahan lama tapi ada chance yang boleh membawa kepada kerosakan.

5. Future Proof Cost Inefficient

So, ni final dalam apa yang E-jam nak katakan kepada para bakal future proof ni. Future proof ni sebenarnya adalah cost-inefficient. Korang bayangkan, daripada semua point yang E-jam bagi tadi, akan ada salah satu masalah dalam korang punya PC. Dah kena repair or beli baru balik. Walaupun mahal, belum tentu benda tu bagus betul tak (pengalaman mengajar kita huhu). Better korang beli mengikut kemampuan korang daripada kemahuan korang. Bukan tu je tapi mengikut kerja atau cukup sekadar game yang korang nak main.

Conclusions 

Conclusion kepada semua point yang telah diberi tadi adalah, bukan E-jam dan Racun Tech tak bagi korang build satu future proof PC Gaming, tapi kami tak suggest lah melainkan tu betul-betul korang nak atau memang mengikut pekerjaan atau bila keadaan memaksa, sama jugak macam article E-jam buat pasal GPU Mining tu. Kalau korang mahukan barangan yang murah, beli GPU Mining boleh je but ikut apa yang E-jam ada tekankan dalam article GPU Mining tu okay?

Kalau sebagai 3D animator (E-jam seorang pelajar Animasi), korang memang perlukan high end lah sebab rendering memang menyakitkan hati betul tak? Lagi-lagi satu 3D animation tu berat, so memang kaw-kaw lama nak rendering. Tapi yang selebihnya, tak perlu lah okay? Sebab lagi better kita bagi space untuk PC kita untuk diupgrade daripada tak boleh upgrade dan berkemungkinan untuk rosak boleh jadi tinggi. Jimat pun jimat kalau beli mengikut spesifikasi yang korang hanya perlukan.

Itu sahaja gais, kalau ada pendapat jangan lupa untuk comment dan korang boleh berbincang dan menyuarakan pendapat korang okay? Keep it cool and ciao~

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST