Gaming

Security Researchers Dapat Kesan Server Terdedah!?

racun-tech-server-down

Dalam Server Terdedah Yang Dijumpai Security Researchers Tu Ada Banyak Nama, Alamat, Umur, Pendapatan, Status Perkahwinan Dan Sebagainya

racun-tech-server-security
Computer servers

Aik, ada server terdedah dan semuanya mengandungi pasal keperibadian lebih 80 juta penduduk US? So, baru-baru ni security researchers dah dapat kesan yang ada satu server ni terdedah dengan hack atau godam. Bila dapat kenal pasti, server tu mengandungi sebanyak 80 juta maklumat peribadi warga penduduk di US. Ni dikira jenayah cyber yang sangat berat tau gais. Maklumat peribadi ni semuanya tersimpan dan hosted oleh Microsoft dalam server Azure cloud platform diorang.

Researchers tu tak memberitahu dengan spesifik apa yang di hack tapi dalam server yang beratnya sebanyak 24GB tu mengandungi banyak maklumat peribadi. Tu termasuk lah nama penuh, alamat tempat tinggal, umur, pendapatan, status perkahwinan dan sebagainya. Yang alamat tu bukan nama jalan diorang duduk tapi sekali dengan longitude dan latitude yang tepat tempat tinggal diorang tau.

racun-tech-server-dns

Kali Pertama Ke? Kalau Terdedah Apa Jadi??

Seperti mana pihak reseachers kata, server ni bagaikan lombong emas untuk hackers dan para penjenayah untuk buat kerja kotor. Boleh jadi penjenayah cyber nak pakai maklumat yang ada untuk buat plan untuk buat sesuatu pada warga setempat. Setakat ni diorang tak tau siapa punya server ni (maksudnya siapa yang patutnya jaga atau pegang server ni). Tapi Microsoft boleh bagi pihak researchers info pasal tu. Katanya ni bukan kali pertama server di hack tapi tak pernah sebesar ni yang mengandungi pasal maklumat peribadi penduduk US.

Noam Rotem dan Ran Locar adalah security researchers yang dapat menjumpai server yang terdedah ni. Katanya server yang mengandungi maklumat peribadi ni kemungkinan adalah daripada company insurans, penjagaan kesihatan atau pajak gadai.  Noam Rotem dan Ran Loncar sendiri tak ingin download file ni demi siasat sebab katanya tu akan memecah etika dan tidak menghormati maklumat peribadi warga US.

Security Researchers Kata Tiada Kesan Digodam??

Tambahnya lagi, Rotem berkata yang dia sendiri tak ingin maklumat peribadinya jadi seperti di dalam server ni, terdedah. Katanya bahaya dan ramai yang boleh hack dan cari tempat tinggal seseorang macam tu jer. Tapi setakat ni takda sebarang kesan atau tanda server ni telah di hack oleh jenayah cyber. Dikatakan jugak yang server ni sudah di bawak offline so kes ni dah dikira tutup. Tapi macam mana server ni boleh terdedah? Hmm.

So gais, kalau jadi macam ni kat kita, korang takut tak? Sebab kalau maklumat peribadi kita yang telah direkodkan dalam server mana-mana digodam, bahaya tau! Tapi kat Malaysia sebenarnya dah pernah terjadi. Dekat UITM, server maklumat peribadi yang telah digodam oleh individu tak dikenali dan maklumat semua warga di UITM sudah tersebar.

Keep it classy, stay safe gais, dan ciao~

Sumber: PCGamer

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!