Semua Game Halo Datang Ke PC



Selepas khabar angin tentang konsol Xbox One tanpa CD berterbangan di udara, tambah lagi satu pulak. Microsoft telah confirm minggu depan ada “berita menarik” untuk Halo: The Master Chief Collection. Mereka akan reveal pada program bulanan Inside Xbox mereka.

Kepastian tentang game collection tersebut akan datang ke PC masih tidak boleh guarantee. Namun berdasarkan sebuah video daripada Brad Sams, seorang expert berkaitan Xbox, dia mengatakan bahawa game tersebut sedang dalam development. Dia juga mengatakan releasenya agak berdekatan. Berkemungkinan juga ia akan ditiraikan semasa E3 2019 nanti.

Berbanding Sony dengan PS4nya dan Nintendo dengan Switchnya, Microsoft merupakan antara yang sering dipinggirkan apabila berbincang tentang console dan game eksklusif. Sony ada Last of Us, Bloodborne, God of War dan yang terbaru Horizon Zero Dawn. Nintendo pulak ada klasik seperti Pokemon, Mario, Zelda dan Metroid. Xbox ada… Halo. Hm. Walaupun dengan satu intellectual property (IP), mereka mampu bertanding dengan syarikat-syarikat lain dalam menjual konsol.

Halo merupakan nama yang besar dalam komuniti gaming ini. Tiada sapa boleh menafikan tentang betapa hebatnya Master Chief sebagai seorang hero. Ataupun betapa seronoknya gameplaynya yang telah mencipta banyak inovasi yang terguna sehingga game-game sekarang, Tidak pun apabila mereka telah mengimplementasikan online dengan sempurna menjadikan online gaming suatu standards dalam industry video game sekarang.

Pada 11 November 2014, Microsoft telah release Halo: The Master Chief Collection untuk Xbox One. Ia terdiri daripada Halo: Combat Evolved Anniversary, Halo 2: Anniversary, Halo 3, and Halo 4. Kesemuanya ialah game-game daripada konsol sebelum. Setiap game diberi penaiktarafan dari segi grafik. Ia juga mempunyai Halo: Nightfall, sebuah siri live-action Halo serta akses kepada Halo 5: Guardian multiplayer beta.

Ia telah mendapat sambutan yang positif daripada kritik dan fans. Metacritic memberikannya markah 85 daripada 100. Review memuji grafiknya, frame rate dan conttent yang didapati tetapi tidak menyukai bahagian multiplayer kerana banyak bug dan masalah matchmaking.

Ini merupakan ulang tahun ke-18j untuk siri Halo ini. Ia akan sentiasa berada di kategori “Game-game Legendary” bersama game yang dah keluar sebelumnya. Banyak memori indah yang para gamers dapat mengingati pada zaman-zaman remaja dulu.

We’re all getting old. Cherish your young age.



Leave a Comment

Scroll to Top