Semua Item Free Dalam Blacklight: Retribution, Sebelum Tutup Server



Selepas sekian lama, Blacklight: Retribution akan tutup pada 11 Mac. Servernya akan tutup serta-merta selepas 7 tahun beroperasi. Blacklight adalah game FPS yang start dari tahun 2012.

Blacklight ialah game FPS yang keluar pada 2012. Zombie Studios, developer game tersebut, tutup 3 tahun selepasnya. Namun, penerbitnya, Hardsuits Lab, telah biarkan game tu terus hidup. Mereka telah announce di Reddit yang mereka ingin menumpukan semua tenaga dan kakitangan pada projek baru.

Teringat pulak aku game Ghost Recon Phantoms. Best kot game tu. Aku ingat lagi main sampai tak tido malam. Tapi satu hari tetibe dalam server tinggal beberapa je yang in queue. Nak main satu game pun takleh dah takde orang. Pastu dalam beberapa minggu, terus hilang daripada Steam.

Sempena penutupan servernya, mereka telah unlock semua item dalam game tu secara percuma. So, kalau korang bosan, try la main. At least boleh la rasa sedikit antara game yang legend yang telah keluar pada abad ke-21 ini.


Leave a Comment

Scroll to Top