Shroud Menolong Seorang Streamer Dengan Menerjah Live Stream Dia!?




Korang kenal Shroud tak? Bro dah lama follow Shroud ni. Dia adalah bekas pemain pro CS:GO dan sekarang lebih memfokuskan kerjayanya pada bermain game secara spontan dan live streaming di twitch. Shroud juga merupakan bekas ahli kumpulan Cloud 9 dan mendapat tempat pertama di ESL Pro League pada 2016.

Okay, sekarang ni ketika Shroud tengah live streaming, ada satu subscriber yang tak dikenali tapi menurut nama Twitch accountnya iaitu AlHashmi99000 menyumbangkan tips bernilai 500$ (RM2060) kepada Shroud menyuruh dia check email dia. Lepas dah check, Shroud pun pergi “Raid” satu account Twitch yang tengah live streaming yang bernama ResurrectionFern. Kemudian, Shroud menyuruh semua subscriber dan followers nya untuk follow, subscribe dan memberikan sumbangan kepada ResurrectionFern ni.

Pemilik account ResurrectionFern ni menghidap penyakit diabetes type one dan memerlukan duit yang berjumlah banyak untuk membayar kos-kos perubatan dia. Disebabkan oleh bantuan Shroud melalui “Raid” dia, ResurrectionFern telah mendapatkan jumlah duit yang banyak giler untuk support kos-kos perubatan dia. Nampaknya sifat kemanusiaan masih ada di dunia ni terharu bro dibuatnya 🙁

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




Join the conversation

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!