Racuntech Penang is currently close due to renovation until 1st September 2021. Dismiss
AAA Games

Sony Akan Release PS5 Pada November 2020

racun-tech-PlayStation-5-3-740x414

Mengikut Ramalan Daripada Analyst Ace Research Institute

racun-tech-sony-playstation

Betul ke Sony nak keluarkan PS5 pada bulan November 2020? Haa, so gais kali ni kita mungkin dapat potential release date untuk console yang dinanti-nantikan oleh para gamers iaitu console PS5. Seperti yang diceritakan dulu, PS5 ni sebenarnya lebih kurang macam PS4 tapi lebih banyak feature dan penambahbaikan daripada PS4. Kebanyakan game yang dikeluarkan untuk PS5 jugak dikatakan menggunakan engine yang padu-padu!

So, megikut Analyst terkenal, Hideki Yasuda yang biasanya meramalkan perkara betul dalam industri gaming, telah ramalkan pasal PS5 ni. Katanya PS5 akan mula dikeluarkan pada November 2020 dengan cost sebanyak $500 (RM2080) , $100 lebih daripada PS4. Mana taknya kan sebab dikatakan PS5 ni jugak ada penggunaan technology Ray-Tracing dan ada high speed SSD yang laju sangat membuatkan orang lupa loading screen tu apa. Dari situ memang dah boleh agak yang game yang bakal dimain dalam PS5 memang akan padu-padu semua hehe.

Apa Yang Kita Boleh Expect Daripada Sony PS5?

racun-tech-playstation5_ps5_release_date_launch_campaign

Dalam PS5 ni jugak Sony nak buat Backwards Compatibility kepada PS4 seperti mana PS4 tidak ada backward compatibility kepada PS3. Sekurang-kurangnya korang boleh main game PS4  kat PS5 kan? Kalau korang adalah seorang pengikut perkembangan PS5 ni mesti dah tau kan kenapa Sony sengaja reveal secara random spec PS5 tu. Senang cerita Sony memang dah taknak surprise sangat dah hahaha. Hideki Yasuda jugak berkata yang Google Stadia atau mana-mana Cloud-based gaming memang tak akan boleh menandingi kemampuan PS5.

Lagi-lagi yang next gen gaming akan mula mengasaskan game diorang menggunakan Unreal Engine Chaos yang memang padu gilerps. Bayangkan korang tembak bangunan, sebahagian bangunan tu hancur?? Padu beb! Biasanya kena animate kalau hancur bangunan tapi melalui technology terkini, Unreal Engine Chaos tu buat simulation sendiri cara hancurnya bangunan mengikut fizik dunia realiti. Tapi setakat tu je lah, selain tu graphic nice seakan-akan real life! Maybe ada feature lain but kita tak tau kan so kita nantikan perkembangan Unreal Engine Chaos ni okayyy.

Dalam ramalan analyst Hideki Yasuda, dia mengatakan yang pada 31 March 2021, sebanyak 6 juta akan dijual dan pada 31 March 2022 pulak sebanyak 15 juta. Untuk harga pulak, walaupun ramai bagitau yang harga PS5 ni adalah $500-600 (RM2080-2500), tapi tu dikira mahal untuk orang ramai. Tapi $400 (RM1663) pulak terlalu murah untuk spec padu macam tu.

So gais, korang rasa macam mana PS5 ni keluar nanti? Adakah mampu menandingi dengan Xbox Scarlett? Yang penting kita tengok dulu betul ke tak ramalan analyst Hideki Yasuda ni tepat ke tidak okay gais? Keep it classy and ciao~

Sumber: comicbook/wwg

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

Join the conversation

Request a call

TOP

SHOPPING BAG 0

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.