Sony melancarkan “Play Everything Lounge” di Sunway Piramid Malaysia!




Sony Interactive Entertainment Hong Kong Limited Singapore Branch (SIES) telah mengumumkan pelancaran lounge yang dikenali sebagai Play Everything Lounge di Sunway Piramid, Malaysia. Lounge yang dibuka di Mall pastinya menjadi tarikan orang ramai, bukan sahaja untuk ber-shopping tapi boleh main game. Yela, sekarang gaming makin tiptop di Malaysia.

Play Everything Lounge akan dibuka pada 23 November ini sehingga 17 Februari 2019. Kalau korang nak tahu, ini adalah lounge pertama di Asia Tenggara yang dibuat oleh PlayStation Asia dan khas untuk konsol gamers. Tempat ini bukan sahaja dijadikan sebagai tempat main game tapi ia adalah tempat bersantai bersama kawan-kawan. Kepada korang yang tidak pernah main PlayStation 4 pun, boleh mencuba di sini.

Selain itu, kalau diaorang membuat aktiviti, contohnya minggu itu diorang akan melancarkan Kingdom Hearts 3, diorang akan membuat dekorasi seperti dalam Kingdom Hearts 3 supaya orang yang datang akan rasa seronok dan cool je apabila bermain. Best kan?

Macam-macam aktiviti akan dilakukan oleh PlayStation seperti pelancaran game terbaru, pertandingan dan banyak lagi. Mesti korang tertanya-tanya, kena bayar ke nak main dekat lounge tu? Tidak, semuanya PERCUMA! Play Everything Lounge bertempat di Sunway Piramid, di 1st Floor Blue Zone dan di buka pada jam 10 pagi sehingga 10 malam dan boleh main secara percuma!

Apa lagi, pergi lah korang hujung minggu ni dan jangan lupa bawak ramai-ramai kawan korang tau! Enjoy!

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



Leave a Comment

Scroll to Top