AAA Games

Square Enix Keluar Lagi Satu Teaser Final Fantasy VII

racun-tech-aerith-final-fantasy-7

Kali Ni Teaser Trailer Menunjukkan Lebih Banyak Benda Daripada Yang Sebelum Ni

racun-tech-final-fantasy-7-square-enix

Dalam masa 5 jam yang lepas akhirnya Square Enix keluarkan satu video teaser trailer untuk game Final Fantasy VII Remake. Tapi kali ni memang padu lah teaser trailer tu. Penuh dengan action, story yang menarik dan sebagainya. Daripada trailer yang ditunjukkan, kita dapat tengok lebih mendalam dengan game yang telah orang ramai tertunggu-tunggu untuk dibuat remake.

Banyak Yang Di Revealkan!

Style kan? So daripada teaser yang ada tu, kita dapat lah tengok combat action dia macam mana. Gameplay dia lebih kurang jerps dengan Final Fantasy XV dan ada sedikit macam Rogue Galaxy iaiatu game PS2 (favourite hehe). Selain tu jugak kita akhirnya dapat tengok Aerith Gainsborough yang telah di remake dan needless to say, memang cantik! Untuk pengetahuan korang, game Final Fantasy VII ni dulunya berbentukkan polygon sahaja so muka memang takda lah untuk dilihat selain daripada polygon tu.

Selain daripada Aerith tu jugak kita dapat tengok Sephiroth, musuh ketat Cloud sejak dulu lagi. Tapi melalui feedback orang ramai, ada yang suka dan ada yang tak suka. Kenapa tak suka? Final Fantasy VII Remake ni sebenarnya dah lama announced sejak dari 2015 lagi di event PSX 2015. Lepas tu, senyap je projek ni dan tanpa berita. So orang pun takut lah yang ada teaser ni tapi terbengkalai lagi. Selain tu, walaupun graphic cantik yang remake ni, orang takut yang jalan cerita akan jadi sangat-sangat lain daripada yang original.

Bila Square Enix Nak Reveal Yang Selebihnya?

Di atas tu lah teaser trailer yang dikeluarkan oleh Square Enix pada tahun 2015. Sejak diamnya lepas keluar teaser tu, hype untuk game ni pun dah lesap macam tu jer. Tapi daripada teaser trailer yang baru tu, katanya lebih lanjut akan ditunjukkan pada bulan June nanti. Seperti yang korang tau atau tak tau, bulan June adalah bulan di mana event E3 akan berlangsung selama 3 hari. E3 ataupun Electronic Entertainment Expo adalah event di mana diorang menunjukkan peralatan teknologi, game, dan sebagainya gadget-gadget terbaru daripada developers.

Tapi tak pasti lagi lah samada Square Enix akan reveal lebih lagi di E3 ataupun pada bila-bila masa dalam bulan June nanti. Game ni jugak semestinya keluar untuk PS4 tapi untuk PC mungkin ada (sabar gais harap-harap ada untuk PC hehe). Yang pasti, keep it classy, keep it straight and stay cool. Ciao~

Sumber: PCGamer

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

Join the conversation

TOP

Request a call

Search racuntech.com

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)