Steam dah rasa makin ‘PANAS’!- Adakah sebab Epic’s Store?? Ops



Well, mesti korang nak tahu kan siapa pesaing Steam. Aha! Siapa yang jadi pesaingnya ni? Adakah pesaing itu mampu kalahkan permainan Valve? 

Haritu sis ada bagi tahu, Steam akan mengambil potongan pendapatan lebih rendah daripada permainan yang dijual pada $10 dan $50 juta- 25% untuk former dan 20% untuk latter. Hari ini, semua orang rasa terkejut yang mana Steam akan ada pesaing! Tahu tak siapa? Unreal Engine creator dan Fortnite developer Epic telah mengumumkan yang mereka bakal melancarkan store sendiri, yang akan mengambil potongan 12% daripada pendapatan dari developer dari pembahagian 70\30 standard industri. Ini bermakna, mereka hanya cas lebih rendah berbanding Steam la kan?

Dalam interview dengan GamesIndustry.biz, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Epic Games, Tim Sweeney berkata, ketika menjalankan Fortnite dan menjual barangan digital melalui permainan yang paling popular di dunia, Epic menyedari bahawa 70/30 tidak diperlukan lagi. “Dalam analisis kami, stores yang mengambil 30% menunjukkan kos mereka sebanyak 300% hingga 400%,” katanya. “Tetapi developer akan menerima 88% daripada pendapatan dan Epic menerima 12% dan store ini akan menjadi satu bisnes yang boleh menguntungkan.”

Mesti Epic ni akan memberi lebih banyak tekanan pada Valve, sebuah syarikat yang dikenali kerana kecenderungannya untuk hanya bertindak balas terhadap keperluan mutlak dan lain-lain. Steam tidak banyak game yang popular yang disediakan untuk PC, yang ada pun cuma League of Legends, World of Warcraft, Minecraftdan yang lain smeua anya di internet. Valve dikompensasi dengan membuka Steam ke genre indie. Tapi banyak pula games yang telah keluar daripada Steam sejak kebelakangan ini. Game yang makin popular sejak musim cuti ni adalah Fallout 76 dan Call of Duty: Black Ops 4, kedua-duanya dibebaskan keluaran Steam dan keluar pada platform- yang dimiliki penerbit sebaliknya.Fortnite terus melangkah dengan menyaingi Steam. Nampaknya Battlefield juga telah meninggalkan Valve store. Discord pun tidak kalah terus kehadapan walaupun mereka belum banyak membuat perubahan.

Kini terdapat satu plan tindakan untuk penerbit mengambil potongan pendapatan sebanyak 30% dan lebih banyak daripada mereka mula mengikutinya. Valve tidak mempunyai satu pesaing besar; Sebaliknya, ia dikelilingi oleh sekumpulan fiefdoms kecil. Valve kini semakin dibenci oleh developers kecil kerana perkhidmatannya yang semakin tidak mempedulikan keperluan mereka. Perasaan tidak berdaya itu hanya membangkitkan kebencian lagi kerana Valve semakin berdegil.Sekarang Epic sedang berusaha untuk menjadi platform yang lebih baik daripada Steam. Adakah Epic store ini akan mengalahkan Steam? Ha, mungkin boleh sebab dah ramai developer merancang mahu menggunakan Epic’s Unreal Engine 4 untuk game mereka. Dan diaorang pun tak perlu bayar royalti tambahan Epic. Ini yang menarik perhatian kepada developer yang kecil yang telah dibiarkan oleh Steam.

Sis dapat merasakan yang Epic ini telah menyebabkan Steam membuat ‘pertemuan’ dengan semua publisher besar untuk memujuk kot?. Steam berasa ‘panas’ dan mungkin Valve akan memperbaiki balik platformnya supaya developer yang ada tidak akan ikut rentak developer lain yang meninggalkannya. Kalau tak, syarikat itu akan mengalami beberapa kejatuhan tak lama lagi.*Siapa suruh cas mahal-mahal, kesian dekat developer.. dapat untung sikit je.


Sumber: Kotaku

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



Leave a Comment

Scroll to Top