Haih, ni yang bro tak puas hati ni. Kenapa? Ada la seorang streamer Twitch ni Luke Munday yang account Twitch bernama mrdeadmoth sekali lagi dibanned oleh company Twitch selepas controversy dia memukul isterinya yang mengandung semasa tengah live stream Fortnite.
Streamer itu sedang live stream Fortnite dan dikatakan bergaduh dengan isterinya yang sarat mengandung tu dengan menengkingnya dan lepas tu sambung gaduh di luar camera. Para penonton dapat dengar suara isterinya berkata “Jangan pukul saya di muka, tolong berhenti pukul saya, kamu semua dengar tak yang sedang melihat live stream?”. Dilaporkan yang Luke Munday atau mrdeadmoth masih melakukan live stream pada penghujung bulan December 2018.
Di atas merupakan kecaman yang dikeluarkan oleh para streamers dan menghasratkan kenapa Luke Munday masih melakukan live streaming di Twitch setelah apa yang dilakukan. Reply daripada director Twitch Marcus “djWHEAT” Graham pula berkata dia tidak mengetahui perkara yang berlaku ini dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas Luke Munday.
https://youtu.be/VZfw3R0A_KI
Haa lepas dah disiasat balik, kan dah kena banned sekali lagi, suka-suka je nak pukul isteri sendiri, tengah sara mengandung pulak tu adehh. Tapi status banned kepada streamer tu tak pasti kekal selamanya atau diberi tempoh bannya. Sorry lah bro geram sikit ha buat malu kaum laki je eyy. Sebagai ketua keluarga jangan lah sampai berbuat begitu ye bossku-bossku sekalian?
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.