Streamer Dapat Lepas Kesemua Souls Game Tanpa Damage!!



Fulamak, bukan je dapat lepas satu, tapi kesemua game Souls series dalam satu live stream. Seorang streamer yang dikenali sebagai The Happy Gob, dah mendapat achievement dalam gaming dengan menghabiskan kesemua Souls series tanpa kena hit sekali pun dalam live stream tu.

Untuk buat challenge ni susah lagi, dia main sekali Demon Souls dan Bloodborne dalam live stream tu dan secara tak dijangkanya, dia dapat habiskan kesemuanya tanpa sebarang hit langsung dowh wow hahaha. Kalau-kalau dia terkena hit walau sekali pun masa tengah binge gaming tu, dia kena mula balik semula dalam series tu. Kalau E-jam yang main ni memang hancur beb, kena main balik semula selalu ah hahaahah XD.

Streamer The Happy Gob tu, lepas dapat je habiskan kesemuanya dengan last sekali game Dark Souls 3, gembira gilos sampai terjerit dan peluk anjing peliharaan dia. Siapa yang tak happy dowh sebab game Souls series ni bukan senang tau, kalau pro player pun mesti kena hit sekali sekala. Untuk kejayaan streamer The Happy Gob ni, Dark Souls sendiri tweet kepada dia.

Sebelum ni ada jugak challenge No Hit ni dalam Dark Souls tapi hanya satu game je lah dan tak pernah lagi semua sekali gus termasuk Demon Souls dan Bloodborne.  So, korang rasa korang boleh tak buat macam dia ni? Huhu, yang pasti E-jam automatic fail lah hahaha. Okay, ciao gais~


Sumber: PCGamer

P/s: Nak buat servis komputer atau beli komputer tapi tak tahu dekat mana? Call je terus  team Racuntech untuk bantu anda.


Join the conversation

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!