Team Quacker Dapat Sponsorship Padu Gilerps!



Huyoo! Nampaknya Team Quacker sekarang dah dapat sponsorship! Well, ni bukan yang pertama kali tapi still dah dapat sponsorship mesti masyukkk hehe.

Untuk pengetahuan korang, Team Quacker adalah team yang memfokuskan kepada gameplay seperti PUBG dan Apex Legends. Team ni ditubuhkan pada 20 May 2018. Diorang jugak live stream gameplay diorang so korang boleh lah tengok macam mana diorang main. Ni bukan sekadar team cincai eh sebab team ni jugak pernah masuk dalam tournament competitive international PUBG dan needless to say memang padu ah! Salah satu achievements diorang adalah mendapatkan tempat kedua dalam Minor PUBG Malaysia/Singapore Championship 2018 dengan hadiah bernilai RM7814.09. Haa pro tak pro?

Korang patut check out diorang ni sebab pro giler serious and takkan menyesal lah tengok. E-jam tengok pun boleh pick up sikit cara-cara nak main daripada gameplay diorang ni. Okay, berbalik kepada sponsor tadi, baru-baru ni diorang dapat sponsorship daripada property company yang dikenali sebagai Taras Properties. Bukan biasa-biasa diorang ni tau.

Sebelum ni, diorang dapat sponsorship oleh Gravity Litaf Premium LoungeGravity Litaf Premium Lounge ni adalah satu premium gaming lounge yang pertama tau and memang E-jam cakap, tempat dia buat korang rasa macam dekat tempat first class ah. Diorang akan memberikan korang sebagai gamer, menaikkan experience dalam gaming dengan keselesaan dan kebersihan yang teramat. Gaming lounge ni sekarang ada di SS15 Subang Jaya so check it out gais!

So, E-jam sebenarnya dah lama perhatikan diorang ni (Team Quacker) dan E-jam rasa patut highlight team ni sebab diorang konsisten dalam dunia Esports. Content yang dikeluarkan diorang sangat best dan seriously dowh mana nak dapat team yang active content diorang macam Team Quacker ni. E-jam sendiri tanya diorang secara direct apa goals diorang dan diorang punya goals memang pure gais huhu. Disebabkan ramai parents menganggap game ni sebagai buang masa atau tak elok dalam pembelajaran kanak-kanak, diorang nak buktikan yang sebenarnya gaming ni pun ada future yang tersendiri melalui kejayaan diorang. E-jam hope diorang akan selalu success and mana tau dapat banyak dan banyak lagi sponsorship hehe. Support Malaysia gais! Bak kata slogan diorang, “Not Your Average Duck“. Ciao gais~

P/s: Nak buat servis komputer atau beli komputer tapi tak tahu dekat mana? Call je terus  team Racuntech untuk bantu anda.


Join the conversation

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!