Tencent Meletakkan Undang-undang Untuk Streamer China



Tencent, syarikat yang monopolikan segala perkara berkaitan internet di China, telah menerapkan beberapa undang-undang baru supaya kelakuan streamers lebih terkawal semasa online. Terdapat 12 ‘nilai’ yang diharapkan streamer untuk mengikut, iaitu melarang beberapa perkara:

  • Melanggar Nilai Sosial China berkaitan topil sensitif seperti politik, bangsa dan agama
  • Mempromosikan atau menerbitkan perkara yang melanggar Nilai Sosial di China, termasuk tetapi tidak terhad kepada pornografi, perjudian, keganasan
  • Kelakuan yang memburukkan brand Tencent Games secara langsung atau tidak langsung
  • Mengedarkan maklumat palsu kepada pengguna lain melalui apa-apa cara
  • Terlibat dalam maklumat kasar atau tidak senonoh
  • Mengedar atau mempromosikan perisian menipu perisian atau perisian virus
  • Menggalakkan keganasan yang berlebihan dalam permainan atau di dunia nyata
  • Melanggar privasi pengguna lain atau mendedahkan maklumat pengguna lain tanpa kebenaran
  • Kegagalan mematuhi peraturan kontrak yang ditandatangani dengan pihak ketiga (platform streaming)
  • Melanggar hak cipta pencipta game atau pencipta kandungan lain
  • Menyebabkan pertikaian atau kesan sosial yang buruk
  • Tindakan lain yang tidak mematuhi undang-undang semasa, etika dan peraturan permainan

“Kami mengingatkan bahawa pengawal selia (regulator) China telah menggesa persekitaran yang lebih sihat bukan sahaja dalam industri game malah juga dalam industri streaming,” kata Niko Partners. Perkara ini telah ditekankan disebabkan beberapa streamer dan laman web streaming telah di ban kerana mengacarakan kandungan yang membawa banyak persoalan.

Streamers yang gagal mematuhi undang-undang tersebut akan di bar untuk stream game-game yang berkait dengan Tencent. Untuk pengetahuan korang, Tencent memiliki BANYAK game. League of Legends, PUBG, Fortnite, Rainbow Six: Siege. Semua tu game yang biasa orang stream kat Twitch.

Satu-satunya good news (att least untuk kita) daripada ini ialah semua ini hanya terkesan pada Chinese streamers. Tapi yang lain tu tak maksudnya boleh perangai buruk pulak. Jaga-jaga lah perangai ye.



Leave a Comment

Scroll to Top