Tetapi Half-Life 2 Kali Ini Menggunakan VR
Bila Half-Life: Alyx keluar, hanya perlu tunggu masa sahaja sebelum modders membuat mod atau menggunakan Half-Life: Alyx sebagai asas untuk Half-Life 2 VR Port.
Modder Vect0R telah jumpa satu jalan yang sangat efficient untuk port game Half-Life 2 itu kepada game engine Source 2, engine yang sama digunakan untuk Half-Life: Alyx. VR port ini tak dikeluarkan kepada khalayak ramai, tetapi ianya lebih kepada “showcase demo”. “Saya ambil original map file dan menukarkanya kepada format Source 2 dan kemudian tambah sahaja map itu ke dalam Half-Life: Alyx,” petikan ayat di decription oleh Vect0R dalam video Youtubenya.Â
Malangnya Tanpa SDK, Kerja Tersangatlah Terhad
Vect0R berkata dia mampu lakukan setakat ini sahaja, disebabkan Valve tidak mengeluarkan SDK (software development kit) untuk Source 2. Valve juga berkata pada bulan January yang mereka masih tidak mempunyai sebarang pelan untuk melepaskan SDK penuh pada engine tersebut, jadi penghalang ini mungkin akan bertahan lama lagi.
Walau bagaimanapun, Vect0R berkata pengalihan section map itu ke VR ambil masa kurang dari seminggu sahaja. Walaupun ini mampu buat orang gembira tentang dapat memain semula Half-Life 2, tetapi ramai lagi yang suka Non-VR Half-Life: Alyx mod.
Keep it classy, stay safe, dan ciao gais~
See Also:
Resident Evil 3 Remake Keluar Trailer Baru ‘Jill Valentine’, Resident Evil 3 Remake… Tapi Semua Enemy Jadi Nemesis (Mod), Half-Life: Alyx Dimainkan Tanpa VR, BenQ EX2780Q, Monitor All Rounder Terbaik?, Rogue Company Keluar Pada Musim Panas, Gameplay Reveal!
Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-
Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun7ech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)
Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (https://wa.me/601156449940)
RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam