📢 Hari Raya Announcement: Please note that the final day for shipping online purchases will be Monday, April 8th. Shipments will resume after April 15th.

*Terkini- Update Windows 10 October 2018 dah boleh download secara manual.




Sebelum ini, update Windows 10 October 2018 ada beberapa isu yang telah dihadapi oleh pengguna apabila mereka selesai update tersebut. Microsoft telah menyelesaikan beberapa masalah dan bugs yang menghalang pengguna untuk update Windows 10 October 2018 pada sistem tertentu.

So, sekarang Microsoft sudah naikkan semula fail update October 2018 itu dan ia boleh di download secara manual melalui laman web Microsoft atau di Windows Update Software dalam komputer korang.

Secara teknikalnya, iniadalah kali kedua Microsoft keluarkan balik fail Windows 10 October 2018 Update selepas adanya isu-isu yang dihadapi oleh pengguna seperti pengguna hilang fail di komputer selepas update software tersebut termasuklah masalah software VPN.

Well, harapnya selepas ni takda dah masalah lain timbul. Tapi tu lah, kita sebagai pengguna sebenarnya perlu buat backup dulu sebelum nak update apa-apa. Takut jadi apa-apa masalah lepas update software. Nama pun software, mesti akan ada satu masa dia akan ada masalah. Betul tak?

— Link untuk download Windows 10 October 2018 Update–

https://support.microsoft.com/en-us/help/4043948/windows-10-whats-new-in-recent-updates

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




Leave a Comment

Scroll to Top