PS4

Thomas The Tank Engine Masuk Sekiro??

racun-tech-thomas-the-tank-engine

Thomas The Tank Engine Tiba-Tiba Masuk Sekiro Sebagai Raksasa??

Thomas The Tank Engine masuk dalam game Sekiro dan ganti salah satu raksasa?? Yes gais dan kali ni E-jam nak share dengan korang pasal satu mod yang membolehkan character kegemaran korang masa kecil masuk dalam game tu. Benda Thomas boleh masuk Resident Evil 2 Remake, kenapa tak masuk Sekiro pulak kan? Hahahaha. So dalam video di bawah korang boleh tengok lah betapa gerunnya raksasa baru ni.

Daripada video di bawah, Thomas menggantikan raksasa Great Serpent yang selalu berkeliaran di tepi-tepi gunung tu. Yes ular yang gergasi tu yang nampak korang akan selalu serang sampai mati atau tak nampak tu. Mod yang dibuat oleh Katalash ni masukkan model texture Thomas dan menggantikan terus Great Serpent tu. Tapi jangan risau, dalam mod tu jugak dia sertakan sekali bunyi whistle Thomas so tu memang tambah lagi lawak dia hahaha.

Seperti mod Thomas yang dimasukkan dalam game sebelumsebelum ni, dia ada part seram dan lawaknya. Dalam mod Sekiro ni pulak seramnya muka dia stay sama je dan yes, kereta api tu terbang je memanjang. Yang lawaknya adalah dia kejar korang je dan bunyi “choo choo” ahahaha. Tapi best, serious sebab mod ni bagi korang perspective lain dan mencabar nak lawan kereta api ni.

Mod Thomas The Snake Engine

racun-tech-thomas-oooo

So, kalau korang nakkan peluang untuk lawan Thomas The Snake Engine, boleh lah download modnya okay? Yang pasti korang takkan menyesal download (maybe ada?) dan korang akan enjoy! Sekiro: Shadows Die Twice dah available untuk PC, PS4, dan Xbox One. Untuk PC korang boleh beli di Steam dan untuk PS4/Xbox One pulak boleh didapati di kedai game berhampiran korang. Make sure enjoy gais!

Keep it classy, game on and ciao~

Sumber: comicbook/wwg

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

Join the conversation

Request a call

TOP

SHOPPING BAG 0

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.