AAA Games



Haa, ada ke takda? Ni bro nak kasi tau sama kalian ni. Seperti yang korang dah tau, Respawn dah keluarkan game terbaru battle royale diorang iaitu Apex Legends yang dah keluar pada hari Isnin haritu. Ramai yang suka dengan game ni tetapi hampa kerana kenapa tak buat terus Titanfall 3.

Bukan tu je, tapi diorang hampa jugak sebab dalam game battle royale ni takda Titan macam Titanfall walaupun universe game ni sama dengan universe siri Titanfall tu. Baru-baru ni, CEO Respawn iaitu Vince Zampella ada membuat post di Twitter tentang kerisauan para gamers yang bertanya tentang Titanfall 3.

So dengan kenyataan tu, kita dah tau dah yang diorang memang dah ada plan untuk buat Titanfall baru cuma tak tau bila je. Buat masa sekarang, Respawn berkata diorang nak lebih fokus kepada Apex Legends dulu sebab dah ada banyak plan untuk game terbaru diorang ni. Diorang jugak open untuk dengar sebarang feedback daripada player pasal Apex Legends.

Tapi ada jugak khabar angin mengatakan Titanfall 3 dah dalam perancangan dan sudah dalam development tapi ada jugak mengatakan masih dalam perancangan tapi belum start bahagian development lagi. Take it slowly okay Respawn jangan rush-rush biar slow but steady and quality game pun cantekkkk. Untuk korang yang tak sabar tunggu Titanfall 3, cuba main Apex Legends dulu okay? Free di Origin tinggal download je dan game ni jugak dah sampai 1 million download tau hehe.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST