TM Dilaporkan mengalami Kerugian Pertama dalam 10 Tahun

Hi guys, hari ni Sis nak share pasal Telekom Malaysia Bhd yang lebih dikenali sebagai TM. Seperti yang kita tahu, TM dah melalui fasa yang paling sukar dalam syarikat diarang dalam menyediakan layar internet ke seluruh rantau Malaysia. TM telah rugi sebanyak suku daripada hasil jualan diaorang sepanjang 10 tahun ni, disebabkan oleh kerosakkan pada struktur wireless dan talian tetap.

Syarikat TM ini telah mengaut keuntungan lebih daripada RM1 Billion dan telah mengalami kerugian sebanyak RM175.6 juta untuk suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2018 tahun ini. Banyaknya rugi dalam 10 tahun baru sekali rugi paling teruk!

Bermula daripada 31 Disember 2018, TM telah merancang untuk memotong dividen bagi menampung semula perbelanjaan dan bahagian duit yang menyokong perkembangan syarikat mereka untuk term growth vision diaorang. So, dorang planning untuk agihkan 40%-60% daripada keuntungan tahunan ke dalam bajet tahunan diarang. Baru-baru ni, kalau kita perasan TM punya saham telah menjunam jatuh sebanyak 1 sen kepada RM2.32, dan diaorang pun dah umumkan kerugian per saham kepada 4.67 sen untuk suku ketiga tahun ini. Yang mana jumlah asal adalah 5.64 sen iaitu pada tahun lalu.

 

Menurut CEO Telekom Malaysia Bhd, sekarang TM mempunyai seramai 2.29 juta pengguna broadband dan seramai 1.26 juta pengguna Unifi yang mana berlaku peningkatan yang sangat ramai berbanding tahun lalu iaitu hanya seramai 1.0g juta pengguna sahaja. Jadi memang amat pelik macam mana syarikat yang sedang berkembang pesat ni boleh jatuh sahamnya macam tu je?!

Oleh itu, terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa CEO Astro Malaysia Holding Berhad iaitu Datuk Rohana Rozhan akan mengambil alih syarikat telekomunikasi yang terbesar di Malaysia ni pada Tahun hadapan, Beliau dijadualkan untuk meninggalkan syarikat lama beliau pada akhir bulan Januari 2019.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Leave a Comment

Scroll to Top