Internet
Posted in

TM Tingkatkan Kelajuan Jalur Lebar Untuk Pengguna Streamyx Menjelang Disember 2018

Posted in

Sebelum ini, sis beritahu mengenai SKMM yang memberi kenyataan tentang keputusan mesyuarat mereka bersama syarikat telco, dimana TM dan Maxis sedang berusaha menaikkan taraf pengguna mereka kepada fibre optics menjelang 2023 di seluruh Malaysia. Hari ini, sis ada berita baik untuk korang yang menggunakan internet TM Streamyx.

Pengguna yang bukan berada di kawasan Unifi, TM sedang berusaha untuk membawa internet jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan tersebut. Mereka juga mencari jalan untuk menggandakan kelajuan kepada pengguna Streamyx sekarang dan menikmatinya secara percuma. Dinyatakan bahawa hampir 180,000 pengguna Streamyx di kawasan yang bukan ada Unifi akan dapat juga menikmati penigkatan ini.



TM menjangkakan peningkatan kelajuan internet jalur lebar ini akan siap pada bulan Disember 2018 ini. Pada masa yang sama juga, mereka telah upgrade 50% kepada pengguna yang tinggal di kawasan pedalaman dan selebihnya akan diterima pada Mac 2019.

Kemudian, untuk 500,000 lagi pengguna Streamyx, Tm mengatakan mereka akan berbincang bersama kerajaan untuk mencapai segmua perjanjian yang dibuat yang akan akan memberi manfaat kepada para pelanggan ini. Jadi, marilah kita sama-sama berharap yang terbaik untuk segala usaha mereka dan dapat menikmatinya seawal mungkin.

 

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.

 

 

Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST