TNB menyalurkan lebih 900 Mbps untuk Pos Malaysia



TNB membuat senarai perkhidmatan untuk menyalurkan penambahan internet yang disediakan dan ia adalah projek perintis mereka yang akan dilancarkan di Jasin, Melaka. Pos Malaysia adalah pihak yang pertama yang menikmati internet TNB. Pejabat Pos Jasin adalah pejabat yang pertama dilancarkan dalam projek ini yang mana mereka mendapat kelajuan internet sehingga 900 Mbps!

Yang menariknya, Pos Malaysia berterima kasih kepada SKMM dan TNB kerana menawarkan peningkatan kelajuan internet dengan harga yang berpatutan. Malah, ianya seumpana memberikan penyaluran internet ini melalui TNB yang akan lebih kompetitif berbanding penawaran internet hari ini.

Tapi masih tiada kepastian apabila TNB akan menawarkan perkhidmatan internet kepada orang ramai, atau hanya membina infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi. Untuk makluman, sebelum ini TNB telah mengambil alih syarikat Cyberjaya Broadband, iaitu salah satu syarikat penyedia perkhidmatan internet di Cyberjaya.

Walau bagaimanapun, TNB sedang menjalankan ujian infrastruktur jalur lebar di Jasin, Melaka di beberapa kawasan seperti Taman Merbau, Taman Maju, dan juga Felda Kemendor. Jadi, mesti tak lama lagi kawasan pedalaman pun akan merasainya. hihi

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




Leave a Comment

Scroll to Top