TNB Rancang Mahu Memasuki Pasaran Jalur Lebar pula?!




Wow! Nampaknya TNB atau Tenaga Nasional Berhad kali ini betul-betul ada plan projek besar. Nak tahu tak apa dia?

Sis dapat berita yang TNB mahu mengembangkan bisnesnya dengan memasuki perkhidmatan jalur lebar di Malaysia pada Januari 2019. Adakah ini bermakna TNB akan mengambil alih TM? HA!

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Azman Mohd, berkata, syarikat TNB kini sedang dalam proses untuk menyampaikan projek jalur lebar kepada pihak kementerian yang berkaitan. Beliau juga menyambung katanya bahawa Malaysia akan mendengar lebih lanjut mengenai projek ini pada Januari 2019 nanti.


Selain itu, projek perintis ini mungkin akan disiapkan pada akhir Disember ini dan syarikat akan dapat tengok hasilnya. Dengan memasuki pasaran jalur lebar ini, TNB akan menggunakan network fiber optik yang sedia ada di seluruh negara dan sekrang mereka sedang jalankan projek perintis di Melaka.

Okay, agak-agak kan, adalah lepas ni TNB akan ambil alih kedudukan TM sebagai syarikat jalur lebar yang popular di Malaysia? Haha

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




Leave a Comment

Scroll to Top