Gaming



Alamak, Ubisoft akan meninggalkan Steam dan bertukar ke Epic Games Store untuk mengeluarkan game terbaru diorang iaitu The Division 2. Yes, dah official guys diorang akan keluarkan The Division 2 version PC dan keluaran seterusnya (nama games belum didedahkan lagi) dalam Epic Games Store mulai 15 March nanti.

Epic Games telah announce yang mereka akan bekerjasama dengan Ubisoft untuk game lain yang tidak didedahkan tajuknya tapi Epic Games ada memberitahu yang information tentang game tu akan keluar dalam tahun ni.

Ubisoft juga telah mengeluarkan spec yang sesuai untuk main game The Division 2 ni. Yes, jangan risau ada minimum, recommended dan Elite okay? Untuk minimum adalah Windows 7 | 8 | 10, CPU AMD FX-6350 | Intel Core I5-2500K, RAM 8 GM, GPU AMD Radeon R9 270 | Nvidia Geforce GTX 670, VRAM 2 GB, dan DirectX 11 | 12 manakala untuk recommended pulak adalah Windows 7 | 8 | 10, CPU AMD Ryzen 5 1500X | Intel Core I7-4790, RAM 8 GB, GPU AMD RX 480 | Nvidia Geforce GTX 970, VRAM 4 GB, dan DirectX 11 | 12. Okay, untuk yang Elite pulak adalah Windows 7 | 8 | 10, CPU AMD Ryzen 7 2700X | Intel Core I9-7900X, RAM 16 GB, GPU AMD Radeon VII | Nvidia Geforce RTX 2080 TI, VRAM 11 GB, dan DirectX 11 | 12.

So, itulah keputusan yang dibuat oleh Ubisoft dan Epic Games juga berkata diorang nak lancarkan game store yang baru untuk melawan Steam. Game store yang baru ni akan memberikan offer dengan deal yang gempak kepada game developer untuk keluarkan game baru kat game store baru diorang ni, lagi-lagi kalau game baru nanti pakai technology Unreal Engine. Banyak lagi game-game exclusive yang Epic Games telah amik fresh, baru keluar seperti Hades, Journey versi PC dan banyak lagi game yang dijangka akan keluar di Steam. The Division 2 dijangka akan keluar pada 15 March so nantikan la ye bossku sekalian~

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST