Adehh, lepas satu-satu company, kali ni Valve pulak yang berhentikan pekerjanya. Tapi kali ni takdalah banyak macam game company yang lain macam Activsion Blizzard dan lain-lain. Kali ni diorang hanya memberhentikan seramai 13 orang sahaja pekerja daripada Valve.
Tapi ada lagi selain itu. Selain daripada pekerja yang diberhentikan tu adalah diorang (Valve) menamatkan contract dengan beberapa contractor diorang. Haa apa kes? Tu kitaorang tak tau tapi yang pasti CEO syarikat tu sendiri, Gabe Newell berkata kejadian ni sedikit pun tak mengubah apa-apa pun hubungan dan projek diorang dalam VR development dengan company UploadVR.
Benda ni dapat diketahui selepas Gabe Newell berterus terang dengan UploadVR pasal pemberhentian 13 orang pekerja ni. Selain tu jugak bila check dekat page “People” website diorang dan dibandingkan dengan archive daripada bulan Januari, terdapat 9 orang hilang daripada senarai pekerja. Pekerja-pekerja tu yang dapat dijejaki dalam social media pulak ada post mengatakan diorang dah tak bersama dengan Valve.
Selepas ni apa pulak huhu. Tapi harap-harap benda macam ni ada sebabnya dan game-game takkan terjejas supaya kita sebagai gamers dan pengguna boleh support diorang dengan membeli hehe.
P/s: Nak buat servis komputer atau beli computer padu beb ke? Laa kenapa tak cakap? Call team Racuntech untuk bantu anda.